====== Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1920-1929 ====== | [[sejarah_bangi|Laman Utama]] | [[sejarahbangi-1900-1909|1900-1909]] | [[sejarahbangi-1910-1919|1910-1919]] | [[sejarahbangi-1920-1929|1920-1929]] | [[sejarahbangi-1930-1939|1930-1939]] | [[sejarahbangi-1940-1949|1940-1949]] | [[sejarahbangi-1950-1959|1950-1959]] | [[sejarahbangi-1960-1969|1960-1969]] | [[sejarahbangi-1970-1979|1970-1979]] | [[sejarahbangi-1980-1989|1980-1989]] | [[sejarahbangi-1990-1999|1990-1999]] | [[pesanan|Hubungi Kami]] | ===== 1920-04-15: F. R. Holt @ Ladang Broome ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:maltribune19200415-1-2-56.png?10|The Sandhills Murder.}} | 1920.04.15 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/maltribune19200415-1.2.56|"The Sandhills Murder". Malaya Tribune., 15 April 1920, Page 8]] | Bekas petugas ladang [[sejarahbangi-1910-1919#ladang_broome|Ladang Broome di Bangi, Frederick Rothwell Holt]], didapati [[https://www.blackpoolgazette.co.uk/retro/sandhills-murder-case-5000-reasons-why-kathleen-was-shot-dead-1345549|bersalah dalam suatu kes bunuh di England, dan telah dijatuhkan hukuman mati di sana]]. Ketika bertugas selama 4-5 bulan di [[sejarahbangi-1910-1919#ladang_broome|Ladang Broome]] pada tahun 1917, beliau sempat [[sejarahbangi-1910-1919#ladang_broome|mencipta mesin pelipat getah krep, dan memperolehi paten bagi ciptaan tersebut.]] ===== 1923-08-22: Robert Stevenson @ Ladang Bukit Tunggu(l) ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:singfreepresswk19230822-1-2-4-2.png?10|MARRIAGES.}} | 1923.08.22 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/singfreepresswk19230822-1.2.4.2|"MARRIAGES". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 22 August 1923, Page 113]] | Perkahwinan warga [[sejarahbangi-1910-1919#ladang_bukit_tunggu_l|Ladang Bukit Tunggu(l)]] berdekatan Bangi. \\ **NOTA 1**: Mungkinkah orang yang sama atau ada kaitan dengan [[sejarahbangi-1910-1919#ladang_bukit_tunggu_l|Mr. Robert Stevenson (1917)]]? \\ ===== 1923-12-28: Gelinciran Keretapi (I) ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:maltribune19231227-1-2-21.png?5|Untitled.}} | 1923.12.27 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/maltribune19231227-1.2.21|"Untitled". Malaya Tribune., 27 December 1923, Page 6]] | | {{:sejarah:straitstimes19231228-1-2-72.png?5|F.M.S. Mail Train Derailed.}} | 1923.12.28 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19231228-1.2.72|"F.M.S. Mail Train Derailed". The Straits Times, 28 December 1923, Page 9]] | Gerabak keretapi tergelincir di antara Bangi dan Kajang. \\ {{:sejarah:keretapi-bangi-ukm.png?300|Kemungkinan landasan yang terlibat dalam gelinciran keretapi ini.}} ===== 1925-04-22: Ladang Galloway ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:singfreepresswk19250422-1-2-4-1.png?5|BIRTHS.}} | 1925.04.22 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/singfreepresswk19250422-1.2.4.1|"BIRTHS". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 22 April 1925, Page 1]] | Kelahiran anak perempuan pasangan warga [[https://mapcarta.com/15895964|Ladang Galloway, Bangi]], Mr. & Mrs. J Miller, di {{ :sejarah:the_early_malay_doctors_hospital_bangsar_bangsar_hospital_european_hospital.pdf ||}}[[http://theearlymalaydoctors.blogspot.com/2011/03/hospital-bangsar-bangsar-hospital.html|European Hospital, KL]]. \\ **NOTA**: Ladang Galloway kemudiannya diambil alih oleh kerajaan untuk dijadikan sebahagian daripada [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Putrajaya|Putrajaya]] kini, dan di antara tahun 1996-2000, penduduk asalnya dipindahkan ke [[https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/03/16/end-in-sight-to-tough-life-in-tents-former-estate-workers-relieved-to-learn-of-singlestorey-terrace/|Flat Taman Permata, Dengkil]], lalu terkesan oleh pelbagai masalah, sehingga kini. (Selvi Narayanan, Katiman Rostam, 2012:{{ :sejarah:18368-52071-1-sm.pdf ||}}[[http://ejournals.ukm.my/gmjss/article/view/18368|"Impak sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya terhadap penduduk asal: Kes isi rumah yang dipindahkan ke Taman Permata, Dengkil, Selangor"]]). ===== 1925-12-03: Banjir di Selangor ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:maltribune19251203-1-2-80.png?5|UP COUNTRY FLOODS}} | 1925.12.03 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/maltribune19251203-1.2.80|"UP COUNTRY FLOODS". Malaya Tribune, 3 December 1925, Page 8]] | Banjir di negeri Selangor, termasuk Bangi. Antara yang terjejas: jalan Kajang-Sg Chua (kawasan tebing [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Langat|Sungai Langat]]), dan landasan keretapi Bangi-Batang Benar. \\ {{:sejarah:jalan-kajang-sgchua.png?350|Kemungkinan kawasan banjir: Jalan Kajang-Sg Chua}}{{:sejarah:ktm-bangi-btgbenar.png?300|Kemungkinan kawasan banjir: Landasan keretapi Bangi-Batang Benar}} \\ **NOTA 1**: Nama [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Langat|Sungai Langat]] adalah sempena sebuah pekan di muaranya. 'Langat' adalah terbitan istilah Minangkabau bermaksud 'air hangat', oleh kerana air di muaranya yang sentiasa hangat. Menurut sumber yang lain pula, namanya sempena ikan Selangat, yang sering ditangkap di sini. \\ {{:sejarah:sungai-langat-1874.jpg?400|Sebuah perkampungan Cina di tebing Sungai Langat, Jugra, 1874.}} \\ Sebuah perkampungan Cina di tebing Sungai Langat, Jugra, 1874. (Sumber gambar dan maklumat: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), 2015: {{ :sejarah:sor_sg._langat_2015.pdf ||}}[[https://www.luas.gov.my/v3/my/luas/penerbitan/laporan-sungai-negeri-selangor|"Sungai Langat - State of the River Report 2015"]] ([[https://www.luas.gov.my/v3/images/penerbitan/Laporan_Sungai/SOR%20Sg.%20Langat%202015.pdf|PDF]]). \\ **NOTA 2**: //"Sumber air Sungai Langat di hadapan UKM sepanjang tujuh kilometer bermula dari anak Sungai Bangi di dalam hutan simpan UKM dan melalui Alur Ilmu sebelum memasuki ke Sungai Langat. Sepanjang lima kilometer anak sungai itu berada dalam kawasan hutan simpan sementara dua kilometer lagi melalui Alur Ilmu hingga ke Sungai Langat."// (Kurniawati Kamarudin / Bernama @ Utusan Borneo, 2018-02-04: {{ :sejarah:usaha_menghidupkan_semangat_sungai_langat_utusan_borneo_online.pdf ||}}[[https://www.utusanborneo.com.my/2018/02/04/usaha-menghidupkan-semangat-sungai-langat|"Usaha menghidupkan semangat Sungai Langat"]]. \\ {{:sejarah:1-s2.0-s209563391630079x-gr4.jpg?400|Lembangan Sungai Langat}} \\ Lembangan Sungai Langat ([[https://www.thestar.com.my/news/education/2018/09/30/prof-roslan-is-nilai-university-vc|Roslan Zainal Abidin]], Mohd Sofiyan Sulaiman, Naimah Yusoff, 2017: {{ :sejarah:1-s2.0-s209563391630079x-main.pdf ||}}[[https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S209563391630079X|"Erosion risk assessment: A case study of the Langat River bank in Malaysia"]]) ===== 1926-09-17: F.J. Pratt @ Ladang Broome ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:singfreepressb19260917-1-2-42.png?5|DOMESTIC OCCURRENCES. BIRTHS.}} | 1926.09.17 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/singfreepressb19260917-1.2.42|"DOMESTIC OCCURRENCES. BIRTHS". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 17 September 1926, Page 8]] | Kelahiran anak lelaki pasangan Mr. dan Mrs. F.J. Pratt dari [[sejarahbangi-1910-1919#ladang_broome|Ladang Broome]] Bangi, di {{ :sejarah:the_early_malay_doctors_hospital_bangsar_bangsar_hospital_european_hospital.pdf ||}}[[http://theearlymalaydoctors.blogspot.com/2011/03/hospital-bangsar-bangsar-hospital.html|European Hospital, KL]]. \\ **NOTA**: Antara sumbangan Mr. F.J. Pratt :- * 1939: Antara individu yang [[sejarahbangi-1930-1939#cadangan_awal_kwsp_ladang|menyokong cadangan awal penubuhan kumpulan wang simpanan pekerja ladang]]. * 1940: [[sejarahbangi-1940-1949#pengurus_ladang_broome|Mengelola Peperiksaan Bahasa Tamil yang pertama]] selepas diambil alih oleh [[https://isp.org.my/|Incorporated Society of Planters (I.S.P.)]]. Beliau kemudiannya [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/maltribune19400615-1.2.49|dilantik menjadi ahli Majlis Negeri Selangor]]. ===== 1927-05-23: Gelinciran Keretapi (II) ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:singfreepressb19270523-1-2-41.png?5|Untitled}} | 1927.05.23 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/singfreepressb19270523-1.2.41|"Untitled". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 23 May 1927, Page 8]] | Keretapi tergelincir di Bangi. ===== 1927-08-10: Kebakaran Besar ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:straitstimes19270810-1-2-32.png?5|Great Fire at Bangi.}} | 1927.08.10 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19270810-1.2.32|"Great Fire at Bangi". The Straits Times, 10 August 1927, Page 8]] | | {{:sejarah:maltribune19270810-1-2-87.png?5|VILLAGE WIPED OUT}} | 1927.08.10 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/maltribune19270810-1.2.87|"VILLAGE WIPED OUT". Malaya Tribune, 10 August 1927, Page 10]] | Kebakaran besar di Bangi: Hampir 40 buah rumah musnah, ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal. Panggilan kecemasan dibuat jam 2 pagi. Apabila pasukan bomba tiba 45 minit kemudian, api telah pun marak. Air dipam dari anak sungai berdekatan, dan pemadaman mengambil masa kira-kira 2 jam. Puncanya tidak diketahui, dan anggaran jumlah kerugian adalah $50,000. \\ **NOTA 1**: Maklumat lanjut: Kebakaran mula disedari pada jam 1.30 pagi, oleh pihak polis. Setelah percubaan memadamkan api gagal, seluruh penduduk dikejutkan dan akhirnya berjaya menyelamatkan diri: tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pasukan bomba di KL turut dipanggil, tetapi setibanya di Bangi jam 3 pagi, kebakaran telah pun tamat, dan hampir 40 buah rumah musnah sepenuhnya. Punca kebakaran tidak dapat dikenalpasti, tetapi tiada tanda-tanda perbuatan khianat. ({{ :sejarah:19570249677d02.pdf ||}}[[http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/278805|PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 1927: "REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927"]]) \\ {{:sejarah:19570249677d02-ms1.png?150|REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.1}}{{:sejarah:19570249677d02-ms2.png?150|REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.2}}{{:sejarah:19570249677d02-ms3.png?150|REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.3}}{{:sejarah:19570249677d02-ms4.png?150|REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.4}} \\ **NOTA 2**: //"Pekan ini dibuka pada abad ke-20, kemungkinan pada sekitar tahun 1902 - 1905 . Pekan asal ini terletak bertentangan dengan stesen keretapi Bangi (sebelah dewan MCA Bangi mengunjur sampai ke sekolah lama Cina) , terdapat 18 buah kedai-kedai orang Melayu, India & Cina seperti kedai runcit, kedai songkok dan capal, kedai kopi, kedai candu, kedai timah, kedai getah dan sebagainya. Pekan ini mula berkembang serentak dengan pembukaan ladang - ladang getah & pembinaan stesen keretapi Bangi. Pekan asal ini kemudiannya telah terbakar pada tahun 1924 dan dibangunkan semula oleh Kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada tahun 1926. Setelah itu peniaga-keturunan cina mula menguasai perniagaan di pekan ini. Medan Mara Bangi pula dibangunkan pada sekitar 70an bertujuan membantu peniaga Bumiputera berniaga."// (Faizal Hj Zainal, 2008: [[http://sejarahbangi.blogspot.com/|"SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi"]]) \\ {{:sejarah:dsc_0240aj.jpg?400|Pekan Bangi (kini)}} ===== 1929-03-07: Gabungan Ladang Balgownie dan Connemara ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:sejarah:straitstimes19290307-1-2-32.png?5|MALAYAN RUBBER MERGER.}} | 1929.03.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19290307-1.2.32|"MALAYAN RUBBER MERGER". The Straits Times, 7 March 1929, Page 9]] | Gabungan beberapa ladang, antaranya [[sejarahbangi-1910-1919#kindersley_brothers_ladang_balgownie|Balgownie]] dan [[https://mapcarta.com/15899124|Connemara]] di Bangi. \\ {{:sejarah:ladang-connemara.png?400|Lokasi Ladang Connemara, Bangi.}} \\ [[https://mapcarta.com/15899124|Lokasi Ladang Connemara]], Bangi. \\ **NOTA**: [[sejarahbangi-1910-1919#kindersley_brothers_ladang_balgownie|Ladang Balgownie]] dan [[https://mapcarta.com/15899124|Connemara]] ini adalah antara ladang getah komersil terawal di Malaya, diasaskan oleh pasangan adik beradik, R.C.M. dan D.C.P. Kindersley ([[https://www.merdekaaward.my/the-award/past-recipients/outstanding-scholastic-achievement/emeritus-professor-tan-sri-datuk-dr-khoo-kay-kim|Khoo Kay Kim]], 1999: {{ :sejarah:developments_relevant_to_malayan_agriculture_in_the_post-rubber_crisis_era_1920-1921_on_jstor.pdf ||}}[[https://www.jstor.org/stable/41493391|"DEVELOPMENTS RELEVANT TO MALAYAN AGRICULTURE IN THE POST-RUBBER CRISIS ERA (1920-1921)", m.s.36)]]. (Juga [[https://en.wikipedia.org/wiki/J._M._Gullick|J.M. Gullick]], 2007: {{ :sejarah:a_short_history_of_ulu_langat_to_1900_on_jstor.pdf ||}}[[https://www.jstor.org/stable/41493693|"A Short History of Ulu Langat to 1900", m.s.15]]). Maklumat lanjut tentang mereka: [[sejarahbangi-1910-1919#kindersley_brothers_ladang_balgownie|1915-06-30: Kindersley Brothers @ Ladang Balgownie]]. | [[sejarah_bangi|Laman Utama]] | [[sejarahbangi-1900-1909|1900-1909]] | [[sejarahbangi-1910-1919|1910-1919]] | [[sejarahbangi-1920-1929|1920-1929]] | [[sejarahbangi-1930-1939|1930-1939]] | [[sejarahbangi-1940-1949|1940-1949]] | [[sejarahbangi-1950-1959|1950-1959]] | [[sejarahbangi-1960-1969|1960-1969]] | [[sejarahbangi-1970-1979|1970-1979]] | [[sejarahbangi-1980-1989|1980-1989]] | [[sejarahbangi-1990-1999|1990-1999]] | [[pesanan|Hubungi Kami]] | [[sejarah_bangi#pengakuan_pentingkami_bukan_ahli_sejarah|Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.]]