User Tools

Site Tools


sejarahgambang-1890-1899

This is an old revision of the document!


Keratan Akhbar Berkaitan Gambang: 1890-1899

1889-1898: Laporan Pahang Corporation

1889-08-30: Kadar kematian yang tinggi di kalangan pekerja lombong Cina di Gambang, memaksa pihak pengurusan mengalih fokus kepada pembangunan prasarana dan mesin. Sementara itu, konsesi syarikat pula dibatalkan oleh pihak sulatan, namun akhirnya diperbaharui.

1890-10-08: Lombong B(e)lat Gambang kini di bawah pengurusan Mr J.M. Nanta, mengikut sistem Belanda. Balai polis turut diperlukan di Gambang.

1890-11-19: Laporan mesyuarat Pahang Corporation menyatakan pembangunan perlombongan tidak sepesat yang dijangka, oleh kerana faktor kawasan pedalaman hutan serta kadar kematian yang tinggi di kalangan pekerja, selain kelemahan pengurusan.

1890-12-10: Laporan Ketchau (Pahang) Corporation (Limited) tentang pembangunan prasarana perlombongan di Gambang. Antara lain, pengarah syarikat yang berada di Singapura, Mr Bell (melalui pengurus di lapangan, Mr. J.M. Nanta) melaporkan:-

  1. Stor di Kuala B(e)lat siap dibina.
  2. Jalan dari stor Gambang ke kawasan perlombongan sebahagiannya telah siap (3 daripada 4 batu).
  3. Lombong di Badong dan Gambang sedang dibuka. Bangunan dan jalannya dianggarkan siap 2 bulan lagi.
  4. Jumlah pekerja: 200 orang dari kalangan Cina, Melayu, dan India.

Ketchau (Pahang) Corporation Limited
Sijil syer syarikat Ketchau (Pahang) Corporation Limited: “Ketchau (Pahang) Corporation Limited
Registered 1889. To acquire a concession from the Sultan of Pahang over around 200 square miles in the district of Ketchau, State of Pahang. Dissolved <1916. Company number 28200.
Capital £150,000 in shares of £1.”
(Scripoworld: |"Ketchau (Pahang) Corporation Limited").

1898-07-04: Penemuan bijih timah di Gambang.

sejarahgambang-1890-1899.1597806167.txt.gz · Last modified: 2020/08/19 11:02 by sazli