Jadual Kandungan

Nota Ringkasan Buku: Retorik Sains dan Teknologi di Malaysia

Retorik Sains dan Teknologi di Malaysia
oleh Hairudin Harun

Format: Hardcover
(Hadiah Karya Ilmiah DBP 2001)
Halaman: 225 m.s.
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (2004)
ISBN: 983-62-8476-1
Bahasa: B. Melayu
Pautan: Goodreads, KK Dawood, Empire

NOTA: Isi buku ini sedikit sebanyak ada dalam siri kuliah penulis (1999): Weltanschauung Melayu dalam Era Teknologi Informasi (8 nota kuliah)

Retorik Sains dan Teknologi (S&T)

  1. Retorik: pujukan ke arah sesuatu pandangan / pengaruh: “mempamerkan imej sains tertentu, dan menggunakan imej itu sebagai sumber retorik” (tampak terkini, tercanggih, guna istilah math/sains, guna medium IT).
  2. Retorik imej S&T: pop, hiburan/sensasi, promosi sisi “kemajuan”/“kejayaan”nya sahaja, tidak kritikal terhadapnya, tampak “mistikal”. Imej dibina oleh para wartawan, penyunting, sesetengah ahli sains sendiri, malah jadi isu politik.
  3. Retorik S&T paling berkesan oleh pentadbiran British: hasil pertanian berlipat ganda, jentera pengangkutan meluas, kejayaan institusi penyelidikan perubatan (IMR).
  4. Retorik sains paling berjaya: Teori Evolusi Darwin - diserapkan ke dalam pelbagai bidang di luar sains tabii: contohnya sains sosial, sebagai justifikasi penerokaan, kolonialisasi, malah menjadi asas falsafah Nazi Jerman, dll.
  5. Penglibatan orang awam dalam S&T melalui Internet: pendemokrasian maklumat S&T kepada semua, tidak kira tahap pemahaman. Banyak dibawa oleh para jurnalis.
  6. Retorik sosial S&T yg kritis (kesan pencemaran, dll) sering tenggelam dalam sensasi di atas, tapi kian banyak dibincangkan. Maka perlunya retorik celik sains: kefahaman dan kesedaran aspek sosiologikal dan falsafah sains semasa, peranannya dlm konteks kemasyarakatan dan budaya fikir manusia. Hasilnya: terbitnya bidang “Pengajian S&T”.

Sejarah Retorik Sains

  1. Francis Bacon (abad 17): Retorik saintifik awal/klasik (ilmiah, berdasarkan fakta/bukti/data empirik, terasnya kaedah induktif (melalui cerapan dan eksperimen, serta huraiannya), bagi mencapai hipotesis/teori/hukum. Pada beliau, sains itu objektif, reduksionistik, dan jelas; tidak subjektif atau spekulatif, dan tiada unsur metafizik. Beliau membawa retorik sains ini kepada bidang beliau iaitu perundangan.
  2. Lavoisier: memperkenalkan istilah/bahasa kimia baru.
  3. Charles Darwin: “Teologi tabii”, disampaikan melalui induksi Baconian, logik, juga elemen non-sains (contoh: pengalaman, autoriti, konsensus, dan cerapan Wittgenstein).
  4. Galileo: membuat dakwaan-dakwaan yang melebihi kemampuan sebenar.
  5. Mendel (Biologi): mengurut data ke arah tujuan/penghujahan retorik.
  6. Boyle: Memgamalkan “Teknologi Literari”, iaitu retorik yg dibina melalui demonstrasi eksperimen yang teliti dan dramatis.
  7. Kumpulan Vienna (Godel, Carnap, Reichenbach, awal 1900-an, pasca Perang Dunia Pertama): kesinambungan Bacon. bina institusi falsafah sains. Bina sains berteraskan empirisme dan positifisme logikal (pengesahan empirik). Menetapkan sains sebagai “ahistorikal/universal” (sejagat).
  8. Karl Popper: Logik penemuan sains (1968): mengkritik prinsip pengesahan Kumpulan Vienna, lalu mencadangkan Prinsip Pemalsuan. Berpengaruh di Universiti London, England.
  9. Historiografi sains Whig/Whiggish: bawa imej sains yg tekankan dimensi positifisme (yg elok2 saja), ketepikan dimensi sosiologis (kritik/buruk). Ciri-ciri:-
    1. Realisme (hurai dimensi realiti, terpisah dari diri)
    2. Pemisahan (antara sains dan bukan sains - Popper)
    3. Kumulatif (sains hari ini terbina drpd asas dulu)
    4. Perbezaan (cerapan lwn teori)
    5. Asas cerapan/eksperimen (Carnap)
    6. Teori deduktif, kejituan (sains tepat dan universal)
    7. Konteks asas: penemuan dan justifikasi (Reichenbach)
    8. Satu (satu versi sains sahaja).
  10. Thomas Kuhn: struktur revolusi sains (1970): pengkritik hebat Kumpulan Vienna, melalui integrasi sejarah, sosiologi, falsafah sains. Kritik bungkam imej2 di atas, bina imej pelbagai dimensi. Prinsip teras: paradigma (metod,piawaian,tatacara), revolusi (sains biasa → krisis → revolusi → sains biasa baru), anomali (kumpul masalah pd sains biasa), incommensurabiliti (sains lama dan baru, tak sepadan). tak kumulatif (paradigma lama dan baru tak sepadan, isu baru), suis gestalt (menyeluruh, seperti tukar agama)
  11. Imej-imej alternatif muncul: Paul Feyerabend (kritik sains-nonsains(sihir/tilik) semasa), Fritsjof Capra (kosmologi,kuantum, dan mistik tradisional), Sosiologi Sains Edinburgh, Polanyi. Sains Islam (S Hossein Nasr, ASASI(1977): Osman Bakar, Shaharir M Z)

Sejarah Retorik Teknologi

  1. Teknologi berbeza dgn sains, cuma sering bersekali sejak revolusi industri kedua (abad ke 19).
  2. Teknologi menurut McGinn:-
    • 4 tahap: perkakasan, gagasan sistem teknik, aktiviti kebudayaan, kompleks organisasi sosial.
    • 7 ciri:-
      1. Material-Praktis (Bukan sekadar idea)
      2. Penghasilan artifak/peralatan
      3. Meluaskan keupayaan manusia
      4. Berasaskan (dan mengurangkan) sumber
      5. Gagasan kaedah praktis utk melakukan sesuatu
      6. Gagasan kaedah (contoh: bermula dengan “cuba-cuba”, sehingga kaedah eksperimen kompleks)
      7. Keputusan dipengaruhi dimensi non-teknikal iaitu ekonomi, politik, budaya, dan ideologi.
  3. Idea: Asas teknologi (jauh ke depan, ada jurang besar dengan teknologi). Contoh: Idea primer: Sifar & algoritma Al-Khawarizmi (metafizik/kerohanian), logik Boolean (sekular)) → Idea sekunder (Turing, Fuzzy Logic (Zadeh)(juga dianggap primer)).
  4. Idea sekunder:-
    1. Pengasas teknologi baru (Turing)
    2. Merobah teknologi semasa (Von Neumann - logik/sintaktik)
  5. Sebelum abad ke 18: teknologi sacral / rohaniah - manifestasi keagamaan, suasana/kegunaan rohani (prostetik, kraf, artifak, kompleks ibadat.
  6. Selepas abad ke 18: teknologi sekular.
  7. Revolusi Industri Kedua (abad ke-19, era Inggeris Victorian): unsur teknologi, sosial dan ekonomi disatukan dalam kerangka budaya hidup baru:-
    1. Material baru sumber pembuatan
    2. Sumber tenaga baru
    3. Mesin baru
    4. Teknologi kerja baru: automasi, pengkhususan, ketepatan, kecepatan, kecekapan
    5. Sistem perhubungan dan pengangkutan baru
    6. Peningkatan peranan sains dlm inovasi teknologi. S&T mula disanjung, (berjaya) pinggirkan agama. Menyediakan tapak bagi falsafah sains Turing (ateis-materialisme/formalisme/sekularisme).
  8. Kritikan awal terhadap S&T barat, daripada kalangan mereka sendiri:-
    1. Frankenstein: or, the Modern Promotheus (Mary Shelley, 1818)) - ciptaan S&T yg akhirnya punca kekacauan masyarakat dan kemusnahan diri, hanya disedari setelah lewat.
    2. The Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde (Robert Louis Stevenson 1886): dualisme baik buruk dlm manusia dan manifestasinya dlm S&T - teknologi biokimia menghasilkan Mr Hyde, yg akhirnya menakluki dan memusnah diri.
  9. Abad ke 20: Teknologi perkomputeran (berlatar sejarah sosial US) : Ketenteraan → Perniagaan → Pendemokrasian (berlatar budaya fikir kelas menengah)
  10. Abad ke 21: Internet: kejayaan idea, perisian, perkakasan: set protokol standard, menghubungkan pelbagai perkakasan dunia → pendemokrasian (kesamarataan) maklumat dan kesejagatan Internet, melalui penggunaan meluas dan seragam, serta penerimaan cara hidup pascamoden barat yg teranyam di dalamnya, iaitu berdasarkan idea asas berikut:-
    1. Maklumat bebas
    2. Perlu satu syarat sahaja: protokol formal teknikal, utk pengoperasian
    3. Semua perkakasan, kecil atau besar, adalah sama tarafnya
    4. Suasana sosiopolitik setempat tidak lagi relevan. Hanya untuk selesaikan masalah “sejagat” barat sahaja.
  11. Masa akan datang: Hukum Clarke:-
    1. Saintis tua kata boleh: benar. Tapi kalau dia kata tak boleh: salah
    2. Had sains perlu rentas sempadan mustahil
    3. Teknologi maju tak ubah seperti silap mata/magik

Pertembungan/Pertentangan dgn budaya tempatan

  1. Pertentangan kosmologi barat (pengeksport S&T) -melawan- kosmologi tempatan (Melayu-Islam, dll) (pengimport S&T). Teknologi Antroposentrik (evolusi) -melawan- Teknologi Teosentrik (tanzili - contoh: melalui ilham kepada para nabi) / sakral (demi kerohanian).
  2. Teknologi barat -melawan- kemanusiaan (kilang, kimia, pencemaran, kesihatan, bom, berjiwa nihil/kosong)
  3. Kemasukan S&T barat ke rantau tempatan telah melalui 3 fasa:-
    1. Abad 16-17: Eropah Selatan/Latin (Portugis) - berlatarkan Renaissance (neo-Thomas(Aquinas)isme/skolastisisme, pasca-Andalus: ada hostiliti antara agama)
    2. Abad 17-18: Eropah Utara/Kontinental/Pedagang/Mercantilisme (Belanda) - berlatarkan humanisme Zaman Pencerahan (cth : Copernican))
    3. Abad 18-20: (Inggeris - Rasionalisme & Sekularisme (De)cartes-ianisme/bacon-isme), Revolusi sains - Empirisisme (Bacon, Hobbes, Hooke, John Ray, Locke, Boyle, Newton, Hume) (lawan metafizik), Positifisme (sains kausaliti, alam tabii, minda, berdasarkan bukti empirikal sahaja, bukan agama, ghaib dll - Revolusi Industri: perlu bahan mentah di Asia & Afrika (penjajahan), bawa jentera-jentera teknologi memukau/menakjubkan di kota2, Teori Evolusi Wallace-Darwin jadi asas sosial (kemajuan, Victorian - org putih evolusi tertinggi - White Man's Burden), pengaruh pendidikan liberal Bentham @ University of London → sekolah2, UM, dibuka utk semua), pertanian (ladang, getah), perubatan - bermulanya retorik S&T lwn kepercayaan/fikiran/amalan tradisi - menyediakan tapak epistemologi komputer BabbageBooleTuring, sebagai asas teknologi maklumat.
  4. Pengaruh terbesar pemikiran barat moden, turut melanda dunia kolonial dan pasca-kolonial: Darwin, Marx, Freud.
  5. Kesinambungan pasca kolonial: program pendidikan sains intensif 1960-an → intelektual berbudaya fikir sains (rasio analitis, reduksionis), sekular, 1970-an-80-an. Mengenepikan metafizik, semantis, holistik - dipertahankan oleh Syed Naquib Al-Attas (sudut Islami) dan Taib Osman (sudut Melayu).
  6. Kesinambungan pasca moden: Weltanschauung (Worldview) Komputer (hujung abad ke-20) sebagai antitesis pemikiran tradisi: rasio (fizik, logik @ otak) mengenepikan intellectus (hati, naql, metafizik/rohaniah, simbol semantik alam tabii dlm kosmologi melayu)
  7. Kesan: Warga tempatan (terutamanya Melayu) terbahagi kpd 2 (+2):-
    1. Rasionalis - Tinggal di bandar, berjawatan - bersikap objektif, sekular, empirik, materialis, saintifik, kuantitatif, logik Aristotle, duniawi - menilai berdasarkan tahap pendidikan sekular, jawatan, harta - berwawasan masa depan, berusaha, agresif dalam mengejar hak dan peluang → “Melayu Baru” (UMNO) - berkuasa dalam kerajaan, menentukan program pendidikan dan ekonomi (revolusi mental)
    2. Tradisionalis - Tinggal di pinggir bandar dan kampung - buruh, petani, nelayan - bersikap magis, simbolik, metafizik, kualitatif, logik kabur, ukhrawi - menilai berdasarkan pendidikan agama, warak, alim → PAS
    3. Pseudorasionalis - kombinasi ciri (a) + mistik/sihir (ciri (b) yang tidak tulen)
    4. Pseudotradisionalis - kombinasi ciri (b) + ideologi (a), ceramah/khutbah saintifik (ciri (a) yang tidak tulen)
  8. Kesinambungan kelompok 7(a): 1980-90an: Mahathirisme - penekanan S&T (pendidikan), industri, penyelidikan, pembangunan, IT (MIMOS: perkakasan industri → NITC dan MSC: institusi pembudayaan IT (episteme: “orang Turing Melayu”):-
    1. S&T utk niaga (popular)
    2. S&T utk masyarakat (tidak popular, hanya berlegar di kalangan ilmuwan/ulamak). Puncanya: tidak melalui era “pendemokrasian komputer” (PC dll) di US.
    3. Mahathir sebagai doktor, kerap menggunakan analisis genetik dlm hal sosial (contoh: punca kemunduran, dll)
    4. Kemudiannya menambah retorik Islam massa-progresif-kritis (pengaruh Anwar, melalui ABIM/Ismail Al-Faruqi)) - penerapan nilai Islam reformis-modenis (S&T barat Islami di UIAM)
    5. Masih ada elemen mistik/occult
  9. Reaksi terhadap hal #8, dari sudut S&T: 1970-an: drpd faham S&T Islami, oleh gerakan ilmiah (ASASI) dan sosial Islam (ABIM), keduanya drpd kelompok 7(a) tetapi lebih kritis dan berpemeribumian (Islamisasi ilmu / S&T Islam). ASASI berasaskan 3 premis:-
    1. Pembudayaan S&T serasi dgn akal budi/kosmologi Melayu-Islam
    2. Penguasaan S&T di kalangan Melayu-Islam
    3. Perserataan prasarana S&T di kalangan Melayu-Islam
    4. Wahananya Bahasa Melayu, sebagai retorik balas kpd mitos Bahasa Inggeris dan S&T seperti berikut:-
      1. BI bahasa S&T? Pelbagai tamadun dan rantau telah pun bergiat dlm bahasa masing-masing selama ini.
      2. Peranan bahasa dlm S&T sama dgn bidang lain, sekadar komunikasi/rakaman/pengantar sahaja? Sains rendah/asas/awam lebih semantik, perlukan bahasa/budaya fikir tabii/ibunda utk pupuk faham.
      3. Kejayaan S&T bergantung kpd kejayaan BI? Ini hujah elitis. BM terbukti mengupayakan masyarakat terbanyak di UKM.
      4. BM bukan faktor kritikal S&T? Ini hanya benar jika berpandukan statistik graduan/industri sahaja, tapi bukan pembudayaan sebenar.
      5. BM melewatkan penguasaan S&T? Ini hanya benar untuk jangka pendek atau penilaian industri/niaga sahaja. Untuk jangka panjang/pemberdayaan: tidak benar, buktinya: UKM.
      6. BM bergantung kepada nasib sains org Melayu-Islam? Pemberdayaan S&T segenap lapisan perlukan BM, bukan sebaliknya. BI hanya boleh dikuasai oleh golongan elit minoriti, dan lebih berupa ikut-ikutan/pinjaman budaya asing.
  10. Reaksi terhadap hal #8, dari sudut Teknologi Maklumat (IT): 1990-an: Tengku Azman: prinsip/cabaran asas:-
    1. Pentadbiran/Governance perlu lebih egalitarian
    2. Komputer umpama haiwan liar yang perlu dijinakkan utk menepati kehendak tradisi, bukan sebaliknya
    3. Peralihan cara pemikiran, dari tradisi S&T klasik, kepada faham kritikal terhadap S&T
    4. Konsep ummah, ilmu, amar makruf nahi munkar perlu diteruskan di Internet melalui kaedah 10a. dan 10c.

Weltanschauung (Worldview) Komputer

  1. Muncul di akhir abad 19, dan awal abad 20.
  2. Asal-usul: Perbahasan Entscheidungsproblem (masalah membuat pilihan/kesimpulan) - Cadangan Alan Turing: Mesin Turing: maklumat → Data sintaksis asas (1/0) → Manipulasi algoritma (diproses aturcara/mesin) → Maklumat/Kesimpulan baru. Dikembangkan oleh Claude Shannon: Teori Informasi (konsep bit - maklumat terkecil) → dijelmakan dlm denyutan elektrik.
  3. Kesan-kesan penting:-
    1. Maklumat menjadi sama rata (pernyataan berlainan konteks semantik, budaya fikir, makna dan martabat/maqam, dipecahkan kpd bentuk bit-bit yg sama nilai sintaktiknya).
    2. Maklumat menjadi aset baru (sebelumnya ilmu dan harta).
  4. Berteraskan komputer - serba mampu, multi-task, kompleks, ke-manusia-manusia-an (Raga: perkakasan/teknologi, Minda/Intelektual: perisian (algoritma/logik penyelesaian → aturcara), ciri-cirinya:-
    1. Tampak canggih, tapi sebenarnya terbatas oleh syarat ketat peraturan pemikiran/logik sintaktik/pengiraan digital.
    2. Programming: terjemahan semantik kpd sintaktik = hakikatnya berubah/hilang (redusionistik, kuantitatif, formalisasi sintaksis).
  5. Maklumat (dan manipulasi simbol2 sintaktik oleh medianya) menentukan kebenaran, penyelesaian, dan idea, sehingga menghasilkan Kepintaran Buatan - iaitu penjelmaan konkrit epistemologi/falsafah ilmu barat. Analoginya:-
    1. Dlm Sains Klasik: Manusia → Haiwan.
    2. Manakala dlm Sains Komputer: Manusia → Mesin)
  6. Fahaman ini merebak ke persekitaran dan alam kehidupan (perubahan persepsi/konsep/weltanschauung): pandangan kualitatif dan fizik.
  7. Manusia Turing: Kesan psikologi akibat kekerapan menggunakan komputer dlm kerja intelektual/pemikiran/penyelidikan (fenomena tabii oleh pemodelan komputer) - ditegalbiasakan oleh komputer (mesin Turing): → penalaan komputer → pukauan komputer. Contoh: Time Man of the Year 1982: Komputer.
  8. Ciri-ciri Manusia Turing:-
    1. Berfikir dengan logik komputer (logik Turing)
    2. Bercakap seperti komputer (sintaktik, ikut aturcara, objektif bukan subjektif - bahasa Turing)
    3. Melihat realiti alam dlm konteks idealisme alam perkomputeran (alam Turing)
    4. Manusia didefinisikan semula sebagai pemproses maklumat (fenomena tabii), dalam alam (simbol maklumat): → lantas merendahkan tarafnya berbanding komputer yg jauh lebih cekap dan hal2 sebegitu. Contoh: persepsi ahli biologi tertala - hayat/senyawaan sebagai manipulasi maklumat genetik.
    5. Pengamal Antroporfisme Komputer: Membina idealisme baru mengenai kemampuan komputer untuk baca, ingat, hitung, cakap, hubungi, fikir, pintar, kreatif, bermaklumat (sintaktik, tanpa semantik), dengan sendirian, tanpa bantuan aktif manusia.
    6. Menganggap komputer sebagai penyelesai masalah dan penyelamat manusia, juga peningkat taraf hidup dan kekayaan
    7. Cenderung bergejala Teknosis, kesan kitaran Servo-Mekanisme (hamba ciptaan sendiri): tertakluk oleh aturan2 formal yg sama dengan komputer. Intipati penting: Perisian (manipulasi simbol, logik, algoritma tabii).
  9. Ujian Turing: pembuktian kepintaran. (Contoh: manusia dan komputer sebilik, diberikan set soalan yang sama, dan jawapan kedua-duanya tak dapat dibezakan])
    1. Proses formalisasi alam, ilmu, dan institusi kemasyarakatan (ekonomi, pentadbiran, pertahanan) bertunjangkan maklumat dan faham digital, mengenepikan metafizik, etika (komponen kualitatif/subjektif).
    2. Perubahan dibawa oleh teknik, bukan isi (sebagaimana teknologi percetakan) → desacralization (menggelapkan keupayaan akal budi manusia utk mengenal makna dan realiti transendan pada alam)
    3. Andaian asas: Retorik teknologi sejagat, neutral dan objektif, bebas drpd pengaruh nilai dan budaya. (Padahal, kaedah sains terbit drpd sikap tertentu terhadap alam, ditentukan oleh kerangka sosial dan budaya fikir, dipengaruhi persekitaran intelektual, sosial, ekonomi, politik, aspirasi, wawasan, keperluan, dan hasilnya diabadikan dlm teknologi).

Internet

  1. Pendemokrasian komputer, pembudayaan sosial internet - seakan sejarah percetakan → Pemindahan kuasa kpd awam?
  2. Asas perkembangan dan manifestasinya, masih budaya fikir Turing.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.