Jadual Kandungan
Cebisan Sejarah Gambang
Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Gambang, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet, dan disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah Arkib Negara Malaysia, keratan-keratan akhbar di NewspaperSG (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan National Library Board (NLB) of Singapore), serta MyRepositori (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.
Peta Sungai Belat, iaitu sungai yang melatari petempatan-petempatan di sepanjangnya, dari Kuantan hingga ke Bukit Gambang / Ulu Lepar (Mapcarta).
Keratan Akhbar
Sejarah Ringkas Gambang
Sejarah Gambang secara ringkas, menurut beberapa sumber dan usaha pensejarahan lain di Internet yang memfokus (atau ada menyentuh) perihal Gambang dan kawasan sekitarnya:-
1827: Lombong Bijih dekat Sungai Lepar
Petikan catatan buku harian seorang Inggeris bernama Gray yang melawat Pahang pada Januari 1827 (Hampir 3 tahun setelah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824): “Pada 21 hari bulan (Januari 1827), saya telah menjualkan satu peti sutera mentah dengan harga tiga ratus lima ringgit, sutera itu telah rosak kerana ditimpa hujan lebat semasa dalam perjalanan dari Melaka ke Jempul. Hari itu juga, telah saya hantarkan lima buah peti candu kepada saudagar di Pahang, dan saya telah menjualkan sepuluh ketul bulat candu yang kurang baik mutunya dengan kiraan harganya lapan puluh ringgit, ditukarkan dengan emas urai berharga dua puluh ringgit sebungkal. Petangnya, saya telah membeli dua kati emas urai. Saya telah diberitahu oleh saudagar itu mengatakan mereka telah menjumpai sebuah lombong bijih timah dekat Sungai Lepar (di Gambang sekarang), sejauh dua hari mudik bergalah dari daerah Pahang (Pekan), mereka menjangka lombong itu akan mengeluarkan hasil yang memuaskan, selain daripada beberapa orang Cina, ada lapan ratus orang Melayu yang akan bekerja di lombong itu.” (Haji Buyong bin Adil, 1972: |"Sejarah Pahang", m.s. 124-125 (PDF).
1860 - 1880-an: Pembangunan Perlombongan
“Kuantan mula membangun apabila hasil bijih timah dijumpai di kawasan Sungai Lembing dan Gambang. Perlombongan bijih timah di Sungai Lembing telah diusahakan semenjak zaman pra sejarah lagi. Namun, tiada perlombongan secara intensif dijalankan sehinggalah pada abad ke-19 apabila kaum bumiputera dan Cina meningkatkan aktiviti mereka di kawasan-kawasan perlombongan tersebut. Kawasan perlombongan bijih timah di Gambang telah dibuka oleh kaum Cina pada awal tahun 1880-an sementara kawasan perlombongan Sungai Lembing pula dalam tahun 1868 oleh Lim Ah Sam dan kemudiannya diusahakan secara intensif oleh Syarikat “The Pahang Corporation Limited” pada tahun 1887.” (roshanilawatey, 2010: |"Sejarah Kuantan (2) : Pusat Pengumpulan Hasil Bijih Timah").
1883: Lim Ah Sam
Lim Ah Sam seterusnya dianugerahi konsesi beberapa bidang tanah di Pahang termasuk Sungai Kuantan (tetapi mungkin tidak termasuk Gambang): “Under a Concession dated November 8, 1883, the land of “Sunghai Kuantan, Sunghai Triang, Sunghai Rumpen and Sunghai Endau”, an area of 2,500 square miles, was granted for 75 years to the Pahang Company, a company to be formed by “Towkay Lim Assam of Billiton, Towkay Goo Soo Sooee of Singapore and Mr. Louis den Dekker, gentleman, residing in Singapore. Under the terms of the Concession a royalty of 10 per cent on all tin or other minerals exported was to be paid, but the company was to be exempted from all port dues and other kinds of duty, including that on timber, which the company was to be allowed to cut in any part of Pahang.” (Pahang Consolidated Company, 1966: |"Sixty Years of Tin Mining: A History of The Pahang Consolidated Company - 1906-1966: I. The Pioneering Years - The Pahang Corporation" (PDF), m.s. 12)
1888: The Pahang Corporation Limited
Konsesi kawasan Gambang dianugerahkan kepada syarikat “The Pahang Corporation Limited”, melalui Mr. William Fraser: “In 1887, a new company was formed in England, The Pahang Corporation Limited, and registered on December 3 of that year. Again through the instigation of William Fraser and because the Corporation proposed “to do business on a larger scale” , the Sultan Ahmad Muatham Shah of Pahang, granted a new Concession. This Concession, dated September 1, 1888, for 80 years, comprised some 2,000 square miles of largely unsurveyed land, and excluded the Sungei Triang area but added the valleys of the Sungei Gambang and its tributaries. William Fraser became the Corporation's Local Director. The same royalty of 10 per cent was payable under the new Concession on tin and certain other minerals, but other rates were quoted for copper, lead, tapioca, coffee, pepper and gambier. Almost immediately, the Corporation, with an issued capital of no more than £200,000, appreciated that the immense area of land possessed by it could only be adequately worked with large capital, and sub-leased two portions for £100,000 each to The Pahang-Kabang Ltd. and The Pahang-Semeliang Co., subsidiary companies.” (Pahang Consolidated Company, 1966: |"Sixty Years of Tin Mining: A History of The Pahang Consolidated Company - 1906-1966: I. The Pioneering Years - The Pahang Corporation" (PDF), m.s. 13).
Mr. William Fraser dan lombong-lombong awal Pahang Corporation (1890): 1 (Kiri): “Fraser's Tin Lode, Pahang Semiliang Limited Native Workings”. 2 (Atas): “Thai Dam, Pahang Corporation”. 3 (Kanan): “Pollock's Tin Lode”. 4 (Bawah kiri): “Simons's Tin Lode, Pahang Kabang Limited”. 5 (Bawah kanan): “Mr William Fraser, Founder of the Pahang Corporation Limited”. (Charles Auguste Loye / George Montbard, 1890: |"Mining in Pahang, on the Malay Peninsula").
NOTA: Mr. William Fraser kemungkinan berasal dari Scotland, dan pernah menyumbang dalam percetakan sebuah buku puisi Gaelic: The cost of illustration (Dàin agus Orain Ghàidhlig, 1891) was defrayed by William Fraser of Pahang…” (Anne Loughran, 2018: |"Gaelic Literature of the Isle of Skye: an annotated bibliography").
Pelabuhan utama syarikat ini terletak di kuala Sungai Kuantan, ketika itu Kampung Kuantan. Di sini, setiap hasil bijih timah yang dibawa dari hulu sungai, akan diturunkan di sini, dan seterusnya dipersiapkan untuk dibawa ke Singapura. (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 27 October 1897 & Weekly @ 2 November 1897: |"THE PAHANG CORPORATION, Ltd.").
Kampung Kuantan @ Kuala Sungai Kuantan (1890): “Entrance to the Kuantan River, where the Pahang Corporation are working.” (G. Monetbard, 1890: |"Mining Operations in the Malay Peninsula").
Sementara itu, pada tahun yang sama (1888), kawasan lombong bijih timah seluas 2,000 ekar dibuka di Gambang / Ulu Lepar: “A Mr. Watson had been given a lease of land comprising an area of two miles square in the Bentong district (one of the smallest of the concessions). He was required to commence mining within three years. At the time of the Agent's visit, Watson was chiefly engaged in purchasing tin from the local Malays at twenty dollars a pikul, but he hoped soon to procure Chinese coolies to work his mines. Not long afterwards he obtained a lease for a period of fifty years over two thousand acres of land at Gambang (Ulu Lepar). The lease was liable to cancellation after two years if mining operations were not seriously undertaken.” (W. Linehan, 1936: |"A History of Pahang" (PDF1,PDF2, PDF3), m.s. 123).
1890-1892: Masih Dalam Pembangunan
Kawasan Gambang masih lagi diterokai dan dibangunkan untuk perlombongan. Usaha ini telah mengorbankan ramai pekerja. “By 1892, eight bungalow an office, as ay house, food store, tin house, materials
store, magazine, smith's shop, battery shed, and 14 labourers' line , in addition to the hospital, had been built at Sungei Lembing; at Kuala Reman, two bungalows, two labourer' lines, a store and a drying shed had been built by the same year. Illness among the labour force persisted, and continued to be a trial. A Mr. Nanta, an experienced Dutch prospector, appointed and sent out to take charge of operations on some reputedly rich alluvial deposits in the districts of Blat and Gambang, where work was subsequently suspended, lost over 75 per cent of his labourers who either died or disappeared. The remainder were so feeble and sick they were of little use. Finally, Mr. Nanta, himself, suffered severe illness and resigned his appointment.” (Pahang Consolidated Company, 1966: |"Sixty Years of Tin Mining: A History of The Pahang Consolidated Company - 1906-1966: I. The Pioneering Years - The Pahang Corporation" (PDF), m.s. 18-19).
Operasi perlombongan di Pahang (1890): 1 (Atas): “Kuala Rumpen (Rompin) Pahang” 2 (Kanan): “Nicholson’s Tin Lode, Pahang Corporation.” 3 (Kiri): “Smyth’s Tin Lode, Pahang-Kabang Limited.” 4 (Tengah): “Chinese constructing Tramway and Water-race, Pahang Corporation.” 5 (Bawah): “Tin Stamping Mill, Pahang Corporation.” (G.Montbard, 1890: |"Mining Operations at Pahang, in the Malay Peninsula").
1891-1894: Pemberontakan Dato' Bahaman
Beberapa pemberontakan menentang British di serata negeri Pahang, diketuai oleh Dato' Bahaman dan para pengikutnya: Tok Gajah, Mat Kilau, dan Mat Kelubi. (Haji Buyong bin Adil, 1972: |"Sejarah Pahang" (PDF), m.s. 297-351).
Sumber lain: “Mining in Pahang had languished since the 1850s but the reputation of the state as one of unbounded riches remained. Here the sultan continued to exercise effective authority and decided to take advantage of the gold fever of the early 1880s to grant extensive concessions. One of these covered tin deposits which had already been proved by Chinese and Malay miners and in 1886 it was acquired by London interests who floated it as Pahang Mining Company. A Cornish mining expert provided a very favourable and honest report which would see the property developed as a large lode mine. This would require a more secure title, one that only a British administration could provide and in 1888 the sultan agreed to accept a British Resident. That prompted a rebellion on the part of some Malay chiefs which required British support to subdue.” (John Hillman, 2010: |"The International Tin Cartel" (PDF), m.s.34)
Atas faktor ini (selain kekangan sistem komunikasi dan pengangkutan, juga wabak di pedalaman), pada akhir tahun 1893 hasil perlombongan di Pahang didapati masih belum memuaskan. Kesannya, Residen British membatalkan banyak konsesi perlombongan di Pahang, dan tiada pelaburan baru di sektor ini untuk tahun 1894. Pada tahun 1895, hanya lombong-lombong lod sedia ada sahaja (termasuk Pahang Corporation) yang masih aktif. (Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 46-47).
1895: Perjanjian Persekutuan
12 Jun: Perjanjian Persekutuan: Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Antara punca Pahang turut serta di dalam persekutuan ini ialah masalah kewangan berikutan pemberontakan sebelumnya, serta kekangan-kekangan di dalam kegiatan perlombongannya, yang dapat diselesaikan dengan penggabungan ini. Beberapa bulan selepas perjanjian ini, konsesi tahun 1888 telah dibatalkan oleh Sultan Pahang. (Pahang Consolidated Company, 1966: |"Sixty Years of Tin Mining: A History of The Pahang Consolidated Company - 1906-1966: I. The Pioneering Years - The Pahang Corporation" (PDF), m.s. 12)
Sumber lain: “It is against the background of growing European mining interests that the final moves towards consolidating British rule over the whole peninsula were made. A confederacy of several autonomous states, including Sungei Ujong, was constructed as Negri Sembilan and made part of the Residency system. Repression of the Pahang rebellion had left that state bankrupt and in 1895 its sultan, together those of Negri Sembilan, Selangor and Perak,signed a Treaty of Federation and the Federated Malay States (FMS) was brought into being.” (John Hillman, 2010: |"The International Tin Cartel" (PDF), m.s.35-36)
Pada tahun yang sama, pembangunan jaringan perhubungan dan pengangkutan di antara Perak, Selangor, dan Pahang bermula dengan pesatnya, antaranya jalan Kuala Kubu - Kuala Lipis (1895-1896), yang menggalakkan penghijrahan tenaga pekerja dari pantai barat ke sepanjang jalan tersebut, termasuk pembukaan beberapa lombong kecil di Raub dan Tras. Pada tahun 1897, pengusaha lombong terkenal di Selangor, Loke Yew, dianugerahi sebuah konsesi seluas 4,000 ekar di Bentong. Perlombongan besar-besaran di situ beroperasi setahun selepasnya, bersama dengan pertumbuhan bandar-bandar baru serta jaringan jalan raya, termasuk Bentong-Tranum-Tras. (Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 48-49).
1897: Kegemilangan Pahang Corporation
Sementara itu di Ulu Kuantan (Sungai Lembing dan sekitarnya), keadaan operasi dan kewangan Pahang Corporation tampaknya agak baik ketika ini. Seorang wartawan The Singapore Press dari Singapura telah melaporkan lawatannya ke ibu pejabat syarikat ini di Sungai Lembing, dan telah memberi gambaran yang amat positif tentangnya (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 27 October 1897 & Weekly @ 2 November 1897: |"THE PAHANG CORPORATION, Ltd.").
Ketika ini, negeri-negeri Selat Tanah Melayu menghasilkan kira-kira 60 peratus bijih timah dunia. Perlombongan sebelum ini, terutamanya di pantai barat, adalah lombong terbuka (alluvial). Di Ulu Kuantan, kebanyakannya adalah lombong lod/telerang (lode mine), dan yang terbesar adalah rangkaian lombong-lombong lod syarikat Pahang Corporation (Willink's, Nicholson's, Bell's North, Bell's South, Pollocks, Jeram Batang) dan Pahang-Kabang (Bai(y)as). (W.T. Saunders, 1904: |"Transactions of The Institution of Mining Engineers, Vol. 27, 1903-1904": "Tin-mining in the Straits Settlements" (PDF))
1903: Loke Yew di Gambang
Namun, perlombongan bijih timah di pantai barat (Selangor dan Perak), termasuk sebelah barat Pahang seperti Raub, Tras, dan Bentong, telah terbukti berjaya dan stabil lebih lama, lalu menggalakkan lebih banyak pelaburan. Operasi lombong alluvial (terbuka) di sana lebih mudah difahami oleh para pelabur dan pentadbir, berbanding lombong lod (lode mine) di Ulu Kuantan. Oleh itu pihak kerajaan Pahang telah mengalihkan fokusnya kepada Pahang barat, seterusnya menjadi salah satu faktor pemindahan pusat pentadbirannya dari Pekan (Pahang timur) ke Kuala Lipis (Pahang barat) pada tahun 1898. Ini menimbulkan banyak cabaran kepada pengurusan lombong di Ulu Kuantan. Selepas beberapa tahun, keadaan kewangan Pahang Corporation semakin meruncing, sehingga ada tahun 1904, antara anak syarikat utamanya, Pahang Kabang, telah berhenti beroperasi, diikuti Pahang Corporation pada tahun 1906.
Berlatarkan perkembangan ini, Loke Yew dianugerahi konsesi di kawasan Belat-Gambang / Ulu Lepar seluas 10,000 ekar pada tahun 1903. Sepertimana di Bentong (Pahang Barat) sebelum ini, beliau membangunkan lombong-lombong terbuka (alluvial) di sini dengan pesatnya. Kemerosotan Pahang Corporation di Sungai Lembing / Ulu Kuantan memberi kelebihan lagi kepada beliau.
Kiri: Perubahan pusat pentadbiran dari Pekan ke Kuala Lipis (1898). Kanan: Kemerosotan Pahang Corporation @ Sg Lembing / Ulu Kuantan, dan Kegemilangan Loke Yew @ Gambang / Ulu Lepar (1904-1907).
(Sumber utama: Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 38-39, 48-50)
1906: Pahang Consolidated Company Limited
Pahang Corporation, Pahang-Kabang, dan beberapa syarikat (dan lombong) lain diambil alih oleh syarikat “Pahang Consolidated Company Limited”, yang ditubuhkan pada tahun yang sama. Kerja-kerja perlombongan dan pembangunan bermula pada tahun berikutnya (1907): “Pada bulan Julai 1906, pengurusan Lombong Sungai Lembing telah diambil alih oleh Pahang Consolidated Company Limited yang ditutup pada September 1986. Hasil bijih timah dari Gambang dibawa ke Kuantan melalui Sungai Belat di Gudang Rasau manakala hasil dari Sungai Lembing pula dibawa ke Pasir Kemudi dengan trak (kereta api) dan kemudiannya diangkut dengan kapal wap (belangkas) ke Kuantan untuk dieksport melalui Pelabuhan Kuantan.
Bagi memenuhi keperluan aktiviti ini, beberapa kawasan di pinggir Sungai Kuantan telah dimajukan sebagai pusat pengurusan dan pengumpulan bahan mentah, seperti bijih timah. Di antaranya ialah kemudahan pelabuhan, pejabat kastam, pejabat pentadbiran daerah, kedai dan sebagainya yang terletak di kawasan sekitar Jalan Besar, Jalan Mahkota dan Pinggir Sungai Kuantan.
Dengan corak pembangunan ini, kawasan bandar mula didiami oleh orang-orang Cina, sementara orang Melayu yang mula membuka penempatan awal di tebing Sungai Kuantan telah berpindah ke kawasan pinggir bandar, seperti di Padang Lalang, Tanjung Lumpur, Beserah, TANAH PUTIH, dan sebagainya.”
(roshanilawatey, 2010: |"Sejarah Kuantan (2) : Pusat Pengumpulan Hasil Bijih Timah").
Sumber lain: “While the new administration established tighter regulations for mining operations, it was forced to recognize the initial 77 year concession over 200 square miles. Development work and the low prices of the 1890s prevented much production but by 1906 the whole property was being exploited by Pahang Consolidated which would become one of the world’s largest lode mines.” (John Hillman, 2010: |"The International Tin Cartel" (PDF), m.s.34)
Suatu perbincangan menarik berkenaan sejarah Pahang Consolidated Company Limited: Mine Exploration & Mining History - Mine Exploration Forum, 2011-2019: |"British Miners in Malaya 1888-1915".
Sijil Syer Pahang Consolidated Company Limited (HWPH Historisches Wertpapierhaus AG, 2015: |"Lot 899: Pahang Consolidated Company Limited").
1906: Permulaan Ladang Getah
Sementara itu, sekitar tahun 1905-1906, getah mula ditanam di Pahang, termasuk di Gambang. Namun begitu, tiada tanaman besar-besaran berlaku di Gambang, sehingga tahun 1909 - perlombongan bijih timah masih kekal menjadi aktiviti utama. “In the meantime the first rubber smallholdings in the Kuantan District were planted by Sumatran Malays in the vicinity of the tapioca estates and near Gambang. … The high prices paid for land already planted with rubber acted as a stimulus for a further expansion of smallholder cultivation, especially by Malays. Although Chinese traders and contractors shared in the opening up of land in the vicinity of Kuantan town there was no similar development at Gambang. Most Chinese there were still fully occupied with mining and even when applications were made for rubber land the government refused to alienate it on the grounds that it might later be required for mining.” (Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 64-65).
1909-1915: Kemerosotan Lombong Gambang
Hasil bijih timah di Gambang mulai menurun secara beransur-ansur sejak tahun 1909 lagi, oleh kerana beberapa faktor, antaranya mutu bijihnya agak rendah, serta teknologi perlombongan dan pengangkutan yang kurang dimajukan, berbanding lombong-lombong lod di Sungai Lembing. Kemuncaknya ialah pada tahun 1914-1915, apabila pekerja lombong mula berpindah ke Sungai Lembing dan daerah-daerah lain, atau ke ladang-ladang getah yang sedang berkembang pesat ketika ini. Loke Yew sendiri merancang untuk mengusahakan 10,000 ekar ladang getah di Gambang, malangnya beliau meninggal dunia pada tahun 1917: “At Gambang, the anticipated decline in production of tin set in from 1914 onwards and in the latter years of the period the number of mining labourers at work ranged between five hundred and one thousand. The main exodus took place in 1915 when some labourers moved on to a new tinfield at Mersing in EastJohore and others returned to China. Many, however, remained in the Kuantan district and went either to the mines at Sungei Lembing, the town at Kuala Kuantan, or to new areas being opened up for rubber cultivation”. (Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 78, 82, 92).
1921-1939: Peralihan kepada Getah
Pada tahun 1921, suatu tinjauan mendapati kawasan perlombongan di Gambang tidak lagi sesuai untuk dikerjakan. Sementara itu, tanaman getah secara kecil-kecilan mula dijalankan. : “The Assistant-Warden of Mines visited Gambang to investigate the possibility of a government scheme but his report held out little hope for this once flourishing tinfield :- “The Gambang area consists of a number of small Chinese mines employing five hundred to six hundred coolies. There are no mines of sufficient size to warrant dumping areas on a large scale. There are no instances where land has been fertilized and reclaimed in this decadent and isolated village which I understand was once a prosperous mining town. The majority of the residue tailings pass into a large swamp which would require very considerable expenditure before it could be reclaimed and rendered suitable for anything.” … Tras, Tranum, and Gambang had lost population with the decline in alluvial mining but were finding a new role as centres for areas of smallholding and medium holding rubber cultivation.” (Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 101-102).
Peta negeri Pahang: Kiri: 1921, Kanan: 1923. Masih ada kawasan perlombongan di hulu Sungai Belat (termasuk kawasan Gambang), tetapi bercampur dengan ladang getah. (Gambar kiri: Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 101-102; Gambar kanan: George Washington Bacon (1831? - 1922), 1923: |"Rare map showing state boundaries of Pahang, Malaysia").
Menjelang tahun 1939, perlombongan terus merosot teruk, dan aktiviti ekonomi beralih hampir sepenuhnya kepada getah, namun tidak serancak era perlombongan dahulu: “But whereas in 1888 Raub, Tras, Bentong, Gambang, and Sungei Lembing were, at best, small outposts of temporary settlement, in 1939 they were the foci of important lines of communication and the centres of commercial agriculture and population. At Tras and Gambang mining had again declined almost to insignificance but the roads, the rubber holdings, and many of the people remained.” (Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 131).
Asal-Usul Nama Gambang
Beberapa kemungkinan asal-usul nama “Gambang”:-
- “Di sini, suatu ketika dahulu terkenal dengan permainan gambang (cak lempung) di kalangan masyarakatnya. Oleh yang demikian tempat ini terus dinamakan Gambang.” (butterland @ Forum Carigold, 2009: |"Asal-usul nama beberapa tempat di Kuantan, diperolehi melalui cerita-cerita lisan orang-orang tua.").
“Gambang - Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.” (Shaipuddin b Muhammad, 2008: |"Pengenalan Alat-Alat Muzik Gamelan").
“Gambang mempunyai 18 buah bilah yang pada umumnya terbuat dari bahan dasar kayu. Bilah-bilah tersebut diletakkan dibagian rak resonantor nada yang biasanya berbentuk menyerupai sebuah perahu. Gambang dimainkan memakai 2 buah tongkat pemukul. Nada yang dihasilkan pada alat musik Gambang ini terbilang luas, yaitu mencakup nada minor dan juga nada mayor.” (Cinta Indonesia, 2018: |"Alat Musik Gamelan Jawa Lengkap Gambar Dan Penjelasannya").
(Sumber gambar: Kiri: Nurrazimah binti Mohd Yaman, Nurshuhada binti Abu Bakar, 2012: |"Alat muzik gamelan". Kanan: Cinta Indonesia, 2018: |"Alat Musik Gamelan Jawa Lengkap Gambar Dan Penjelasannya").
- Sekadar ulasan kami sahaja: Istilah “gambang” turut dikaitkan dengan “Balai Gambang”: “Gambang atau Balai Gambang jika dirujuk daripada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud : balai yang berada di atas air untuk berangin atau mandi, rumah diatas air, rumah atau bangunan yang dibuat khas untuk sesuatu tujuan, digunakan utk mengangkut orang, barang, menyeberangi sungai dan sebagainya atau hari ini lebih mudah diibaratkan sebagai perahu atau sampan berhias. Disuatu ketika dahulu Balai Gambang ini sering digunakan oleh Sultan dan Pembesar Negeri sebagai pengangkutan di air jika membuat lawatan sekiranya menggunakan laluan sungai, ianya cukup popular juga di Pahang.” (Yassin Sulaiman Aap, 2011: |"Apakah itu Balai Gambang?"). Setelah balai gambang terakhir terbakar di bandar diraja Pekan pada tahun 1966/1967, ianya digantikan dengan Istana Melati di Kampung Mengkasar, Pekan, dan tidak dibina lagi setelah itu. (Portal Diraja Pahang, 2016: |"Sejarah Kesultanan Melayu Pahang - Istana").
Contoh Balai Gambang yang masih ada: “Cempaka Sari” (Perak) - dibina khas bagi Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke 35 oleh 35 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak serta 13 tenaga pakar dan pelajar Institut Teknologi Kejuruteraan Marin, Universiti Kuala Lumpur Malaysia (UniKL MIMET) Lumut. (Freddie Aziz Jasbindar @ Orang Perak, 2019: |"Sejarah Balai Gambang Di Perak").
Namun agak mustahil balai gambang golongan raja atau bangsawan pernah mudik jauh hingga ke hulu sungai dan kawasan perlombongan. Jenis gambang yang lebih berkemungkinan ialah “rumah diatas air, rumah atau bangunan yang dibuat khas untuk sesuatu tujuan, digunakan utk mengangkut orang, barang, menyeberangi sungai dan sebagainya”, sebagaimana yang pernah dirakamkan di pejabat kerajaan. (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU, 1931: |"RUMAH RAKIT (GAMBANG) DEKAT PASI(A)R KEDAI PAYANG PATUT DIALIH [VERSI MELAYU-JAWI]"). Mungkinkah istilah ini turut merujuk kepada rakit pengangkut bijih timah yang berlabuh di tebing sungai kawasan perlombongan, lalu menjadi asal-usul nama petempatannya?
Sejarah Sekitar Gambang
Sungai Lembing
Sedikit perihal Sungai Lembing / Ulu Kuantan perlu diceritakan di sini, kerana banyak peninggalan serta kajian sejarah awal perlombongan bijih timah dapat diperolehi di sini, dan sebahagiannya berkait rapat dengan Gambang / Ulu Lepar.
Asal-usul Sungai Lembing
Terdapat sumber yang menyatakan perlombongan bijih timah (serta pemprosesan dan penggunaannya) di Tanah Melayu adalah antara yang terawal di dunia.
Lakaran-lakaran tahun 1890: Kiri: Sungai Lembing. Tengah kiri: “Stamping mill” di Kuantan. Tengah kanan: Lombong bijih timah Campbell (Pahang Corporation). Kesan lombong purba masih kelihatan. (Sumber maklumat dan gambar: Xavier Brau de Saint Pol Lias @ Popular Science Monthly Volume 37, June 1890: |"Tin and its Native Land"). Kanan: Kolaj lakaran asal (G. Monetbard, 1890: |"Mining Operations in the Malay Peninsula").
“Menceritakan sejarah Sungai Lembing, menurut cerita yang pernah diceritakan oleh arwah datuknya, Sungai Lembing mendapat nama dari kisah sebatang lembing yang digunakan untuk menongkah arus deras di Sungai Kenau. Sejak dari itu, tempat berkenaan di namakan dengan Sungai Lembing, sempena peristiwa tersebut.
Menurut versi lain, Sungai Lembing dijumpai oleh dua orang, Tok Keboh yang kini berpusat di Ladang Mentiga dan Tok Kenau yang berasal dari Kuala Kenau. Mereka juga di antara yang terawal menjumpai bijih timah di Sungai Lembing. Tok Tangguk, anak kepada Tok Kebah yang mengantikan bapanya meneruskan legasi mengambil alih dan membesarkan perusahaan bijih timah di Sungai Lembing sebelum di ambil alih oleh pelombong Cina.
Sungai Lembing mendapat nama dari peristiwa seekor kijang. Sekumpulan orang asli telah melontar sebatang lembing kepada kijang tersebut. Demi menyelamatkan diri kijang telah terjun dan hilang di Sungai Kenau. Dan begitulah Sungai Lembing mendapat namanya.” (Kerajaan Negeri Pahang, 2017: |"Destinasi Bersejarah - Sungai Lembing").
Ada riwayat lain menyatakan, nama “Sungai Lembing” itu adalah sempena nama Lim Ah Sam. (Boon Raymond, 2010: |"Sungei Lembing(林明), Pahang").
Perlombongan di Sungai Lembing
Ibu pejabat Pahang Corporation terletak di Sungai Lembing, oleh kerana kebanyakan lombong-lombong syarikat ini terletak di sini serta kawasan sekitarnya di mukim Ulu Kuantan. Ia kemudiannya diambil alih oleh Pahang Consolidated Company, yang memiliki beberapa lombong di sini serta kawasan sekitarnya, termasuk di Gambang: “Pada bulan Julai 1906, pengurusan Lombong Sungai Lembing telah diambil alih oleh Pahang Consolidated Company Limited yang ditutup pada September 1986. Hasil bijih timah dari Gambang dibawa ke Kuantan melalui Sungai Belat di Gudang Rasau manakala hasil dari Sungai Lembing pula dibawa ke Pasir Kemudi dengan trak (kereta api) dan kemudiannya diangkut dengan kapal wap (belangkas) ke Kuantan untuk dieksport melalui Pelabuhan Kuantan.”
Kiri: Trak (kereta api). Kanan: Kapal Wap (Belangkas). Sumber gambar: Pahang Consolidated Company, 1966: |"Sixty Years of Tin Mining: A History of The Pahang Consolidated Company - 1906-1966: I. The Pioneering Years - The Pahang Corporation" (PDF), m.s. 17 & 19.
Bai(y)as
Syarikat perlombongan Pahang-Kabang (salah sebuah anak syarikat The Pahang Corporation Limited, yang diberi konsesi perlombongan di Bai(y)as, Gambang dan beberapa kawasan lain pada tahun 1888) telah beroperasi di sini.
Gambar-gambar Bai(y)as: Kiri: Para pekerja lombong, Pahang - Kabang, Kuala Baias Kuantan, Malaysia, 31/01/1894. Tengah: Pengurusan lombong dan para isteri mereka di Bai(y)as, selatan Kerau, Kuantan, Malaysia, 1894. Kanan: Singgah sarapan di tebing Sungai Kuantan, Malaysia, 1894. (Sumber gambar: H.M. Becher @ Royal Geographical Society via Getty Images, 1894).
Sg Lembing - Bai(y)as - Pasir Kemudi: Hasil bijih timah dari Sungai Lembing dan Baias (Kampung Bayas), dihantar ke Pasir Kemudi, menuju ke Kuantan.
Dari Pasir Kemudi, dibawa ke Kuantan melalui Batu Sawah (Kampung Batu Sawar). Ketika zaman lombong Cina dahulu, terdapat sebuah stor dan perkampungan besar di sini. Jika mudik dari sini, sungai mula mengecil dan melalui beberapa jeram kecil berbatuan. (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 27 October 1897 & Weekly @ 2 November 1897: |"THE PAHANG CORPORATION, Ltd.").
Pelantar pendaratan di Batu Sawah (1890): “Batu Sawah, the landing-stage sixteen miles up the Kuantan.” (G. Monetbard, 1890: |"Mining Operations in the Malay Peninsula").
Gudang Rasau
“Gudang Rasau - Lebih kurang ½ batu mudik dari jambatan yang merentang Sungai Belat, di jalan Kuantan-Pekan, ada sebuah lubuk. Sebelum ada jalan raya Kuantan-Gambang, lubuk itu dijadikan pengkalan bagi tongkang-tongkang dan jalak-jalak yang membawa barang-barang bagi kegunaan pelombong-pelombong bijih timah di kawasan hulu Sungai Belat.
Di tebing lubuk itu, yang letaknya di sebelah kiri hilir Sungai Belat, didirikan beberapa buah bangunan tempat orang menyimpan barang-barang yang dibawa dari Kuala Sungai Kuantan, melalui Sungai Belat dan juga barang-barang yang dibawa hilir dari hulu Sungai Belat. Bangunan tempat menyimpan barang-barang itu dipanggil gudang. Oleh kerana terdapat banyak rasau, tumbuh di sana, maka tempat itu pun dipanggil Gudang Rasau.
Gudang-gudang yang dibangunkan dari semenjak kawasan hulu Sungai Belat mengeluarkan bijih timah mulai ditinggalkan bila jalan Kuantan-Gambang siap dan feri (boya) di Tanah Putih mula dibuka untuk kegunaan orang ramai pada 5.9.1910. Akhirnya Gudang Rasau ditinggalkan terus.
Semasa membina jalan Kuantan – Gambang pada awal kurun ke 20 kerajaan telah menggunakan pengkalan Gudang Rasau sebagai tempat memunggah barang-barang keperluan ke tepi jalan yang sedang dibina itu. Sebab itu Kerajaan telah membina sebatang jalan dari pengkalan di Gudang Rasau ke jalan Kuantan-Gambang. Jalan itu dibubuh batu masa ini jalan itu dibaiki dan diturap dengan tar untuk kegunaan penduduk-penduduk Gudang Rasau keluar ke jalan Kuantan-Pekan.
Selain dari jalan yang dibina pada awal kurun ke 20, yang diguna orang sekarang, di Gudang Rasau masih terdapat 4 buah sabak (dapur) yang diperbuat dari simen dipercayai digunakan orang sebagai dapur tempat memasak candu. Pada masa ini ada beberapa buah rumah kampung terdapat di sana. Salah sebuah rumah itu letaknya berhampiran dengan sabak simen yang dinyatakan di atas.
Selain dari orang-orang yang tinggal di Gudang Rasau dan kawasan sekitarnya tidak ramai lagi orang yang tahukan bahawa Gudang Rasau itu adalah sebuah tempat yang begitu terkenal pada pertengahan kurun ke 19 hingga ke awal kurun ke 20.
Orang-orang yang hendak pergi ke Gudang Rasau boleh menggunakan perahu memudiki Sungai Belat atau dengan kereta menggunakan jalan kecil (jalan Kampung) di sebelah kanan jalan Kuantan-Pekan, lebih kurang 1 kilometer dari simpang lampu isyarat I batu 6 jalan Kuantan-Gambang.”
(Zakaria Hitam, 1989: |"Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang Darul Makmur (Bahagian Pertama). Pekan : Lembaga Muzium Negeri Pahang" (dipetik dari Blog Muzium Pahang)).
(Kawasan Gudang Rasau kini).
Sekolah Terawal
“Pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 wujud syarikat-syarikat Eropah yang mengusahakan ladang getah, perlombongan dan sebagainya. Oleh itu, orang-orang Cina telah menduduki kawasan bijih timah di Sungai Lembing dan Gambang. Di sinilah antara sekolah yang terawal dibina terutama sekolah Cina.” (roshanilawatey, 2010: |"Sejarah Kuantan (5) : Kemudahan Pendidikan").
Bukit Gambang
“Awal tahun hingga hujung tahun 1990-an kawasan bukit gambang hanyalah sebuah hutan belantara sahaja. Dalam hutan itu masyarakat khususnya warga felda lepar hilir mengambil hasil hutan untuk tambahan sara diri ( almaklumlah harga getah pun tak mahal ). Pekhidmatan bas ekspres atau bas henti-henti pastinya akan berhenti di simpang 3 menuju ke gugusan felda lepar hilir ( kalau sampai malam gerenti kecut perut )…masa tu mana ada highway lagi..mati hidup jalan kuantan-maran-temerloh lah jalan utama.. Itu cerita lama..last-last tahun 2008 dengar cerita nak buka satu taman tema air terbesar kt pantai timur, katanya kt gambang….terlintas dalam kepala mana tempat nak buat, nak dijadikan cerita maka hutan yang menyimpan banyak kenangan bagi warga lepar terpaksa dikorban demi untuk pembangunan….katanya. Sejak tarikh itu bekerjalah jentolak bekerja siang dan malam mengeluarkan balak dan meratakan tanah untuk membina sebuah taman tema air yang anda kenali sebagai BUKIT GAMBANG THEME PARK” (Afendi Suhib @ Anis Guest House, 2014: |"Asal Usul Bukit Gambang - Ntah betul atau tidak.....").
Bukit Gambang kini: “Bukit Gambang Resort City (BGRC) is an integrated resort city sprawling across 727 acres of secondary jungle.” (Bukit Gambang Resort City, 2020: |"Bukit Gambang Resort City (BGRC)").
Bahan Bacaan Lanjut
- Pahang Consolidated Company, 1966: |"Sixty Years of Tin Mining: A History of The Pahang Consolidated Company - 1906-1966". (PDF).
- Beberapa pendekatan alternatif kajian sejarah tempatan, sebagai pelengkap atau kritikan kepada naratif sejarah negeri Pahang yang sedia ada: Abu Talib Ahmad, 2016: |"Pahang State History: A Review of the Published Literature and Existing Gaps" (PDF).
- Maklumat lanjut tentang sejarah perlombongan bijih timah (fokusnya di Perak, tapi mungkin ada banyak persamaannya): Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 19, 2019: |"Of magic and opium - hardship faced by early tin prospectors!".
Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah!
Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah Gambang dan kawasan sekitarnya, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami.
Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Gambang. Memetik kata-kata Prof Khoo Kay Kim: “Yang sangat diperlukan sekarang ialah kajian sejarah tempatan kerana jelas perkembangan di satu-satu kawasan tidaklah sama dengan perkembangan di kawasan lain. Kajang berbeza dengan Tanjong Malim sebagaimana Rawang berbeza dengan Jeram. Beranang juga berbeza dengan Batang Berjuntai. Apabila kajian-kajian tentang berbagai kawasan Selangor itu telah siap ditulis barulah kita akan mendapat suatu gambaran yang lebih lengkap tentang sejarah dan masyarakat Selangor.” (Khoo Kay Kim, 1985: |"Selangor Dahulu & Sekarang", m.s. x (“Pengenalan”)).
Beberapa penulisan, serta hasil kajian kritis berkaitan pensejarahan tempatan secara umum, sebagai panduan:-
- Masalah-masalah pendidikan sejarah tempatan secara umum, serta beberapa cadangan bagi pembaikpulihan: Profesor Emeritus Ahmat Adam @ SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 2(1) Maret 2014: |"Pendidikan Sejarah di Malaysia Dewasa ini: Sejauh Manakah ia Relevan kepada Pembinaan Nasion?".
- Perlunya persejarahan mikro (daerah, kampung, kawasan setempat): |"Sejarah Selangor terbengkalai" (latifah@bh.com.my @ Berita Harian, Mei 6, 2015).
- Peri pentingnya arkib akhbar dalam proses pensejarahan tempatan: Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican @ New Straits Times, May 29, 2019:|"A window to Malaysian society".
- Nota ringkas mengenai kajian kerencaman perspektif sejarah tempatan: Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican, 2014: |"The New Media and the Consciousness of History in Malaysia: Ideas on National History and Other Histories". Contoh hasil kajian berkaitan: Muhaimin Sulam, Norena Abd Karim Zamri and Ahmad Murad Merican, 2018: |"The Consciousness of History in Malaysia: The Ideas on Merdeka Day in Sarawak".
- Beberapa penulisan dan suntingan Dr Azmi Arifin bertemakan penilaian dan penafsiran semula sejarah tempatan secara kritis, dalam acuan sendiri:-
Akhir kata, silakan membaca beberapa peringatan untuk kita bersama:-
Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini. Semoga bermanfaat!