1889-08-30: Kadar kematian yang tinggi di kalangan pekerja lombong Cina di Gambang, memaksa pihak pengurusan mengalih fokus kepada pembangunan prasarana dan mesin. Sementara itu, konsesi syarikat pula dibatalkan oleh pihak sulatan, namun akhirnya diperbaharui.
1890-10-08: Lombong B(e)lat Gambang kini di bawah pengurusan Mr J.M. Nanta, mengikut sistem Belanda. Balai polis turut diperlukan di Gambang.
1890-11-19: Laporan mesyuarat Pahang Corporation menyatakan pembangunan perlombongan tidak sepesat yang dijangka, oleh kerana faktor kawasan pedalaman hutan serta kadar kematian yang tinggi di kalangan pekerja, selain kelemahan pengurusan.
1890-12-10: Laporan Ketchau (Pahang) Corporation (Limited) tentang pembangunan prasarana perlombongan di Gambang. Antara lain, pengarah syarikat yang berada di Singapura, Mr Bell (melalui pengurus di lapangan, Mr. J.M. Nanta) melaporkan:-
Sijil syer syarikat Ketchau (Pahang) Corporation Limited: “Ketchau (Pahang) Corporation Limited
Registered 1889. To acquire a concession from the Sultan of Pahang over around 200 square miles in the district of Ketchau, State of Pahang. Dissolved <1916. Company number 28200.
Capital £150,000 in shares of £1.” (Scripoworld: |"Ketchau (Pahang) Corporation Limited").
Liputan khas mengenai Pahang Corporation Limited, termasuk ringkasan sejarahnya. Gambaran yang diberikan di dalam laporan ini agak positif.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
| 1898.07.04 1898.07.07 | 1. "THE PAHANG CORPORATION. Ltd". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 4 July 1898, Page 2 2. "Untitled". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 7 July 1898, Page 9 |
Penemuan kawasan bijih timah baru di Gambang.
Laman Utama | 1890-1899 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | Hubungi Kami |
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.