User Tools

Site Tools


sejarah_bangi

This is an old revision of the document!


Cebisan Sejarah Bangi

Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Bangi, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet. Disusun menurut kronologi keratan-keratan akhbar di NewspaperSG, sebuah arkib digital akhbar-akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827. Koleksi ini dikelolakan oleh National Library Board (NLB) of Singapore. Pada setiap keratan, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa nota dan ulasan ringkas mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.

Perlu ditekankan, semua ini hanyalah kumpulan cebisan maklumat sejarah kawasan Bangi dan sekitarnya - sekadar usaha pemula, dan terhad oleh dapatan di Internet sahaja. Maka sudah pasti ianya amat tidak lengkap dan tidak menyeluruh. Setiap sumber yang dinyatakan di sini adalah dari sudut pandang dan kecenderungan para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar (juga kecenderungan kami sendiri ;-) ), bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Selebihnya perlulah digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti di arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau pejabat (awam atau persendirian), termasuklah juga sejarah lisan para penduduk asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Bangi.

Keratan Akhbar

Sumber dan Usaha Pensejarahan Bangi dan Kawasan Sekitar di Internet

Antara sumber dan usaha pensejarahan lain di Internet yang memfokus (atau banyak menyentuh) perihal Bangi dan kawasan sekitarnya:-

SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi |"SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi" (Faizal Hj Zainal, 2008)
Bangi tempat putera terbuang |"Bangi tempat putera terbuang" (Bennie Zie Fauzi @ Berita Harian, 2015 - turut ditemubual: Faizal Hj Zainal dan bapa beliau, Zainal Harun).
"Selangor 10" → Posts → Search: Bangi (Faizal Hj Zainal juga admin/penyumbangnya).
A Short History of Ulu Langat to 1900 "A Short History of Ulu Langat to 1900" (J.M. Gullick, 2007)
Sejarah Ulu Langat (termasuk sekitar Bangi dan Kajang). Mengandungi peta daerah Ulu Langat tahun 1894 (kawasan Bangi ditanda dalam kotak biru, bersama peta Google Maps untuk perbandingan):-
Lakaran peta daerah Ulu Langat @ 1894Peta kawasan Bangi di Google Maps
Unravelling Kajang’s past heritage
#JOM! GO: More than satay
Kajang kaya warisan sejarah
Kajang Heritage Centre - Projek arkib pensejarahan Kajang, sejak tahun 2000. Maklumat lanjut:-
1. Kurniawati Kamarudin @ Bernama, 24 Disember 2019: |"Unravelling Kajang’s past heritage"
2. Hanna Hussein @ NST, December 19, 2019: |"#JOM! GO: More than satay"
3. Rozdan Mazalan @ Berita Harian, 29 September 2019: |"Kajang kaya warisan sejarah"
History of Kajang |"History of Kajang" (Eric Lim, 2020)
Ringkasan sejarah Kajang, oleh seorang sukarelawan muzium.
sejarah_bangi.1597380014.txt.gz · Last modified: 2020/08/14 12:40 by sazli