Jadual Kandungan
Cebisan Sejarah Bangi
Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Bangi, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet. Disusun menurut kronologi keratan-keratan akhbar di NewspaperSG, sebuah arkib digital akhbar-akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827. Koleksi ini dikelolakan oleh National Library Board (NLB) of Singapore. Pada setiap keratan, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa nota dan ulasan ringkas mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.
Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah!
Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Semua ini hanya sekadar kumpulan cebisan maklumat sejarah kawasan Bangi dan sekitarnya, setakat yang ditemui di Internet sahaja. Maka sudah pasti ianya amat tidak lengkap dan tidak menyeluruh. Perlu diingatkan juga, setiap sumber yang dinyatakan di sini adalah dari sudut pandang dan kecenderungan para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, kami juga ada kecenderungan kami sendiri, dan pasti ianya terserlah jua dalam ulasan kami. Anggaplah ini sebagai usaha pemula: selebihnya perlulah digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti di arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau pejabat (awam atau persendirian), termasuklah juga sejarah lisan para penduduk asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Bangi.
Sebagai pelengkap pengakuan ini, silalah baca artikel-artikel berkaitan ini, untuk peringatan kita bersama:-
- |Tazkirah Untuk Pakar Sejarah Jadi-jadian Di Medsos (Mohd Faizal Musa @ Faisal Tehrani, 2020)
- |"Masalah yang perlu diperakui sekarang berkenaan (penulisan popular) bidang keilmuan" (Ahmad Muziru Idham, 2020)
Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini. Semoga bermanfaat!
Keratan Akhbar
Sumber dan Usaha Pensejarahan Bangi dan Kawasan Sekitar di Internet
Antara sumber dan usaha pensejarahan lain di Internet yang memfokus (atau banyak menyentuh) perihal Bangi dan kawasan sekitarnya:-
Sumber | |
---|---|
|"SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi" (Faizal Hj Zainal, 2008) | |
|"Bangi tempat putera terbuang" (Bennie Zie Fauzi @ Berita Harian, 2015 - turut ditemubual: Faizal Hj Zainal dan bapa beliau, Zainal Harun). | |
|"Sejarah Pekan dan Bandar Baru Bangi : Bandar Ilmu Yang Islamik" (Namri Sidek @ Illuminasi, 20 Mar 2018). | |
"Selangor 10" → Posts → Search: Bangi (Faizal Hj Zainal juga admin/penyumbangnya). | |
"A Short History of Ulu Langat to 1900" (J.M. Gullick, 2007) Sejarah Ulu Langat (termasuk sekitar Bangi dan Kajang). Mengandungi peta daerah Ulu Langat tahun 1894 (kawasan Bangi ditanda dalam kotak biru, bersama peta Google Maps untuk perbandingan):- |
|
| Kajang Heritage Centre - Projek arkib pensejarahan Kajang, sejak tahun 2000. Maklumat lanjut:- 1. Kurniawati Kamarudin @ Bernama, 24 Disember 2019: |"Unravelling Kajang’s past heritage" 2. Hanna Hussein @ NST, December 19, 2019: |"#JOM! GO: More than satay" 3. Rozdan Mazalan @ Berita Harian, 29 September 2019: |"Kajang kaya warisan sejarah" |
|"History of Kajang" (Eric Lim, 2020) Ringkasan sejarah Kajang, oleh seorang sukarelawan muzium. |