Jadual Kandungan
Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1900-1909
1905-12-21: Harimau
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1905.12.21 | "MAN-EATER KILLED AT ULU LAN GAT". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 21 December 1905, Page 397 |
Berakhirnya riwayat seekor harimau yang berkeliaran di sekitar Bangi:-
- 7/12, 8 pagi: Harimau menyerang 3 orang pemotong kayu di sekitar Jalan Ayer Hitam (13.5 batu dari Kajang), ditetak di kepala, lalu melarikan diri. Semua terselamat.
- 7/12, 11.30 pagi: Harimau yang sama mengekori salah seorang pemotong kayu tersebut, kemudian menyerang lalu membunuhnya. Mayatnya dibawa lari.
- 8/12: Mayat pemotong kayu dijumpai. Jerat “spring gun” dipasang di sekitarnya. Jerat mengena: Bunyi das tembakan kedengaran selepas tengah malam.
- 9/12 (pagi): Terdapat kesan darah di lokasi, dan bangkai harimau ditemui beberapa ela dari situ.
- 9/12 (malam): Bangkai harimau dibawa ke Kajang. Dari kesan luka di kaki, kemungkinan harimau yang sama telah menyerang seorang lagi pemotong kayu di Bangi 1-2 bulan sebelumnya (beliau menetak kaki harimau dengan kapak ketika menyelamatkan diri). Ukuran panjang badan harimau: 8 kaki. Kulitnya dibawa ke Muzium Kuala Lumpur.
NOTA 1: Kemungkinan kulit harimau ini sudah tidak ada lagi? “Bangunan Muzium Kuala Lumpur yang telah binasa oleh serangan kapal terbang dalam masa perang dunia kedua 1941 hingga 1945. Di tapak bangunan inilah didirikan semula bangunan Muzium Negara hari ini.” (Mohd Thani bin Lamsah, 1974: |"SEJARAH TEMPATAN BERGAMBAR - UNTUK MEMPERINGATI DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA V", m.s.77).
NOTA 2: Gambaran lokasi secara kasar. Bulatan biru: Kemungkinan kawasan kejadian. Bulatan merah: Kemungkinan kawasan serangan harimau 1-2 bulan sebelumnya.
1906-04-20: Getah di Malaya
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1906.04.20 | "MALAYA AND RUBBER". The Straits Times, 20 April 1906, Page 9 |
Pembukaan ladang-ladang getah di Malaya (Bukan di Bangi, tapi masih dalam Selangor, dan menarik untuk dibaca).
NOTA: Rencana menarik berkenaan sejarah ladang Prang Besar berhampiran Bangi (kini Putrajaya): |"The Story of Prang Besar Estate", oleh VD Nair (Pengurus estet Prang Besar tahun 1950-an)
“Late in the morning, Indian rubber tappers would collect latex from the cups, pour it into the buckets and then the buckets would be emptied into the large collecting bin on the cart. In the early days the cart was towed by bullocks and the latex in the bin would be taken to the collecting centre to be processed into rubber sheets.” (VD Nair, |"The Story of Prang Besar Estate").
Sumber lain: |James Hagan, Andrew Wells, 2005: "The British and rubber in Malaya, c1890-1940"
1906-11-05: Ladang Bangi @ Rekoh
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1906.11.05 | "New Rubber Company". The Straits Times, 5 November 1906, Page 7 | |
1907.05.06 | "Page 7 Advertisements Column 1". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 6 May 1907, Page 7 |
Pendaftaran (dan pengiklanan) Syarikat The Bangi Rubber and Tin Properties, antara lain mengurus ladang di Reko (kemungkinan di sekitar lembah Sungai Rekoh, berhampiran UKM sekarang).
NOTA 1: Ladang di Rekoh ini pernah dilengkapi dengan sebuah hospital, namun ianya ditutup setelah hospital Kajang dibuka untuk semua (mungkin setelah bangunan barunya siap dibina pada tahun 1910 (Hospital Kajang, 2016: |"Sejarah")). Ladang Bangi Rubber kemudiannya bergabung dengan Ladang Balgownie, kemungkinan sekitar tahun 1908-1909 (The London Gazette, December 1, 1908: |"JOINT STOCK COMPANIES").
1908-09-23: Industri Getah Dunia
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1908.09.23 | "RUBBER NOTES". The Straits Times, 23 September 1908, Page 2 |
Hal Ehwal Semasa Industri Getah. (Bukan Malaya, tapi tetap menarik untuk dibaca).
1909-07-05: Keretapi Singapura-KL
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1909.07.05 | "THROUGH JOHORE". The Straits Times, 5 July 1909, Page 7 |
Perjalanan sulung keretapi Singapura-KL, terkandas beberapa jam di Bangi.
NOTA: Maklumat lanjut mengenai sejarah landasan keretapi di Semenanjung Tanah Melayu: |"F.M.S.Railway - KTMB Historical Date (1900 - 1950)"
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 | Hubungi Kami |
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.