Jadual Kandungan
Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1910-1919
1910-01-14: Import Arak
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1910.01.14 | "Untitled". The Straits Times, 4 January 1910, Page 6 |
Undang-Undang Pengimportan Arak di Bangi.
1910-06-23: Jalan KL-Seremban
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1910.06.23 | "New Road to Seremban". The Straits Times, 23 June 1910, Page 8 |
Pembukaan jalan KL-Seremban, melalui Kajang (Jalan Reko) → Bangi (UKM kini) → (Kemungkinan Jenderam Hulu) → Salak → (Kemungkinan Nilai → Labu) → Seremban.
.
1910-11-03: Jalan Telok Datok-Bangi
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1910.11.03 | "THE F.M.S. IN 1910". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 3 November 1910, Page 13 |
Projek-projek di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, antaranya jalan dari Telok Datok ke Bangi.
.
1911-10-18: Ladang Broome
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1911.10.18 | "Anglo-Asiatic Rubber and Finance Trust". The Straits Times, 18 October 1911, Page 12 | |
1915.11.04 | "Broome Plantations". The Straits Times, 4 November 1915, Page 12 | |
1917.08.20 | "A Crepe Folder". Malaya Tribune., 20 August 1917, Page 5 |
1911-10-18: Keluasan ladang getah Broome and Bangi Rubber ketika ini adalah sebanyak 2,040 ekar.
1915-11-04: Laporan penghasilan semasa. Turut dinyatakan lokasinya yang strategik ketika itu, iaitu bersebelahan dengan Stesen Keretapi Bangi.
1917-08-20: Pengumuman paten rekabentuk mesin pelipat getah krep, ciptaan Frederick Rothwell Holt.
NOTA 1: Rekabentuk mesin ini dicipta oleh Frederick Rothwell Holt ketika beliau bertugas di Ladang Broome selama 4-5 bulan sahaja, sebelum kembali ke England. Pada tahun 1920, beliau didapati bersalah dalam suatu kes bunuh, dan telah dijatuhkan hukuman mati.
NOTA 2: Pada tahun 1953 (atau 1962?), sebuah sekolah Tamil dibina di sini bagi menggantikan sekolah Tamil di Ladang Bukit Tunggu(l) (Dr S Subramaniam, 2017: |"Majlis Perasmian Bangunan Baru & Bilik Komputer SJK(T) Bangi") (Sumber lain: Esther Chandran, @ The Star, 2007: |"Bridge set to offer an easy way out for folks").
1913-11-29: Suasana Kajang
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1913.11.29 | "KAJANG REVISITED". The Straits Times, 29 November 1913, Page 10 |
Suasana di daerah Kajang ketika itu, sebagai antara daerah ladang getah tertua dan terbesar di Malaya.
NOTA: Sudut pandang berbeza: Suatu makalah sejarah masyarakat Cina di Kajang: |"Migration, Settlement and the Rise of a New Middle Class in Malaysian Chinese Society: A Case Study of Kajang", oleh Diana WONG, LIN Chew Man and TAN Pok Suan (2014).
1915-06-30: Kindersley Brothers @ Ladang Balgownie
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1915.06.30 | "Balgownie Rubber Estates Ltd". Malaya Tribune., 30 June 1915, Page 4 |
Laporan mesyuarat lembaga pengarah Ladang Balgownie, dipengerusikan oleh R.C.M. Kindersley. Antara isu yang dibangkitkan ialah kesan penorehan getah berlebihan (overtapping) di Bangi, serta penutupan hospital ladang di Reko, setelah hospital Kajang dibuka kepada semua (mungkin setelah bangunan barunya siap dibina pada tahun 1910 (Hospital Kajang, 2016: |"Sejarah")).
NOTA 1: Perihal Ladang Balgownie: Asalnya ladang kopi, kemudian ditanam getah dan digabungkan dengan Bangi Rubber Estates. Diuruskan oleh D.C.P. Kindersley (adik kepada R.C.M. Kindersley).
Kiri: Sumber maklumat: Arnold Wright, 1908: |"Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources", m.s. 445.
Kanan: Lokasi Ladang Bangi.
NOTA 2: “Ronald CM and Douglas CP Kindersley were among the first to experiment with soil conservation methods. The parent tree of clone PB 86 is well known as a parent of many modern clones and extensively planted in its day came from Kajang Estate. This tree, until a few years ago was especially protected by a fence constructed around it and could be seen on the left-hand side of the Kajang-Seremban road.” (VD Nair: |"The Story of Prang Besar Estate").
Kemungkinan lokasi asal Ladang Kajang, bersebelahan jalan Kajang-Seremban.
NOTA 3: Perihal R(Ronald).C(Charles).M(Murray). dan D(Douglas).C.P. Kindersley:-
- 1870: R.C.M. Kindersley dilahirkan di Isle of Wight, England, sebelum berpindah ke Scotland.
- 1873: D.C.P. Kindersley dilahirkan.
- 1893: Mereka berhijrah ke Malaya, dan menjadi peladang kopi berdekatan Kuala Lumpur.
- 1894: Membuka ladang kopi Inch Kenneth di Kajang. Mungkin nama ladang adalah sempena Inch(Pulau) Kenneth, Scotland.
Kemungkinan lokasi Ladang Inch Kenneth yang asal. Kini kawasan tersebut adalah kawasan industri dan perumahan. - 1896: Memperolehi anak pokok getah dari H.N. Ridley (Botanical Gardens, Singapura), lalu menanamnya di Ladang Inch Kenneth (berkeluasan 5 ekar), sebagai ladang getah pertama di Malaya.
- 1905: D.C.P. Kindersley menjadi pengurus Ladang Balgownie dan Bangi. Sebelumnya beliau mengurus ladang kopi dan getah di Negeri Sembilan.
- 1910: R.C.M. Kindersley menjadi pengarah syarikat Kajang Rubber Estates Limited.
- 1914: Ladang Inch Kenneth dianugerahi pingat perak (Class I) di London Exhibition (Turut diumumkan oleh R.C.M. Kindersley di dalam mesyuarat ini. Ladang Balgownie dianugerahi pingat emas).
- 1917: D.C.P. Kindersley |meninggal dunia. Berumur 44 tahun.
- 1917-1918: R.C.M. Kindersley dilantik sebagai pengerusi Planters' Association of Malaya.
- 1921: Dilantik sebagai pegawai Straits Settlements Trade Commission.
- 1926: Bersama Haji Abdul Jalil, Low Ti Kok, Raja Muhammad dan Ng Seow Buck, mengusahakan tapak baru sekolah British di Kajang bagi menggantikan bangunan yang telah usang. Tapak yang ditetapkan terletak di Jalan Semenyih, seluas 28 ekar. Bangunan sekolah baru ini siap dibina dan dibuka pada tahun 1930, dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (Kajang High School). Sumber: Hanafiah Lubis, 2010: "THE FORGOTTEN PAST OF KHS":-
- 1929: Bersara dan kembali ke England.
- 1939: R.C.M. Kindersley meninggal dunia (pneumonia). Berumur 68 tahun.
Kiri: R.C.M. Kindersley. Kanan: Dokumen-dokumen Ladang Kajang. (Sumber: Inch Kenneth Rubber Estates Limited, 2010: |"100 Years of Establishment")
Setelah peninggalan R.C.M. Kindersley, syarikat Inch Kenneth terus berkembang sehingga kini. Antara peristiwa penting berkaitan Bangi dan sekitarnya:-
- 1933: Kajang Rubber Estates digabungkan dengan Inch Kenneth Estates, menjadi Inch Kenneth Kajang Rubber Limited.
- 1973: |Straits Trading Co Limited memperolehi majoriti saham (28%).
- 1974: Salah satu daripada ladang mereka, Ladang Dunedin di Bangi, menjadi ladang pertama mereka yang ditukar dari getah kepada kelapa sawit. (Kemungkinan nama ladang ini adalah sempena nama asal Edinburgh, Scotland).
Lokasi Ladang Dunedin, Bangi. - 1978: Syarikat kini berpindah dari UK ke Malaysia, beribu pejabat di Tingkat 5, Floor Straits Trading Building, 4 Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur.
- 1982: Didaftarkan sebagai Inch Kenneth Kajang Rubber Public Limited.
- 1984: 600 ekar tanah di Kajang dijual kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
- 2001: 350 ekar tanah di Kajang mendapat kebenaran penukaran status, dari ladang kepada pembangunan pelbagai.
Kawasan Ladang Kajang yang bakal dibangunkan. - 2005: Hasil penilaian semula, tanah mereka di Kajang dan Bangi kini bernilai RM258 juta.
- 2007: 600 ekar tanah di Bangi mendapat kebenaran penukaran status kepada pembangunan pelbagai.
Kawasan Ladang Dunedin, Bangi yang bakal dibangunkan.
Sumber utama: Inch Kenneth Rubber Estates Limited, 2010: |"100 Years of Establishment")
NOTA 4: Setelah perubahan penukaran status tanah kepada pembangunan, syarikat-syarikat pemaju mula mengambil alih pengurusan atau pemilikan ladang-ladang. Penduduk dan pekerja asal Ladang Dunedin mula diberhentikan dan dipindahkan. Kehidupan masyarakat yang telah mengakar berpuluh tahun di ladang, seolah dicabut terus. Di bawah pengurusan dan matlamat baru pemaju, sejarah perkhidmatan, perjanjian, serta hak-hak kehidupan mereka seringkali terpinggir atau terlupus, lalu menimbulkan beberapa masalah dan kesan yang berpanjangan (contohnya di Ladang Dunedin: masalah berlarutan selama 5 tahun: 2008-2013):-
- 2008: “There is strength in numbers which is why PSM secretary-general and Kajang Municipal councillor S. Arutchelvan wants to mobilise together the estate workers of Semenyih, Dunedin, Bangi and Glengowrie to demand for housing. 'Breaking up the communities of estate workers leads to a negative impact on their psyche as they already feel neglected and cast aside,' Arutchelvan said. 'With a proper area set aside for housing, displace estate workers can ask for a school, hall and places of worship,' he said.” (Geetha Krishnan @ The Star, 17 Jul 2008: |"Thousands of former estate workers in dire need of work and shelter").
- 2011: “Hari ini 9 orang pekerja ladng Denudin, batu 3 1/2 jalan Bangi telah menerima notis berhenti kerja. Ini merupakan ladang terakhir di Semenyih menerima notis. Notis diberikan oleh wakil Tuan Ladang Inch Kenneth. Ini merupakan ladang ulung Inch Kenneth. Notis ini memaklumkan bahawa tarikh akhir mereka berkhidmat adalah 31 Mei 2011. Selain itu notis itu langsung tidak berbincang bayaran ex-gratia dan perumahan alternatif.” (PSM Semenyih, 11/4/2011: |"6-4-11 Ladang terakhir di Semenyih Terima Notis berhenti kerja").
- 2013: Perjanjian ditandatangani oleh Inch Kenneth: 22 orang bekas pekerja Ladang Denudin akan mendapat rumah alternatif percuma sebagaimana sewajarnya, setelah beberapa mesyuarat telah diadakan antara pemaju, pemilik dan ahli jawatankuasa pekerja ladang, serta pejabat SUK Negeri Selangor. (Rajan, PSM Semenyih @ Anjung Kiri, February 8, 2013: |"22 Keluarga Dapat Rumah Percuma: Ladang Denudin Semenyih").
NOTA 5: Masalah penduduk di Ladang Bangi (yang telah/pernah bergabung dengan Balgownie di atas), berlarutan lebih lama lagi, selama 9 tahun: 2000-2019 (pemilik asal: Sime Darby):-
- 2012: Ladang Bangi yang berhenti beroperasi pada tahun 2000, telah diambil alih oleh syarikat pemaju lain tanpa pengetahuan penduduk, dan kerja-kerja penebangan pula telah dijalankan, tanpa memenuhi syarat-syarat terdahulu. Walaupun aduan dibuat, tindakan pihak berwajib cenderung menyebelahi pihak pemaju. (Krishnan a/l Chendermaie, Pengerusi JK Bertindak Ladang Bangi @ PSM Semenyih, 23/4/2012: |"Pekerja Ladang Bangi buat aduan terhadap 3 syarikat").
- 2017: Setelah 17 tahun bergelut dengan samseng kontaktor pemaju, janji-janji yang dimungkiri, dan beberapa sesi di mahkamah, akhirnya 24 keluarga Ladang Bangi menandatangani perjanjian jual beli rumah mereka dengan pihak pemaju Trans Loyal Development Sdn Bhd. (Annabelle Lee @ Malaysiakini, 31 May 2017: |"End of 17-year suffering for Ladang Bangi folk").
- 2019: 2 tahun selepas perjanjian tersebut, 24 keluarga ini menerima kunci rumah daripada pihak pemaju Trans Loyal Development Sdn Bhd. (Tarrence Tan @ The Star, 20 Feb 2019: |"24 families of estate workers given new homes in Semenyih") (Sumber lain: Ahmad Ismadi Ismail @ Sinar Harian, 20 Februari 2019: |"Penantian 17 tahun, 24 keluarga bekas pekerja ladang berakhir"). Namun masalah lain pula terbit: mungkin pihak pemaju merasakan mereka telah menunaikan janji mereka, lalu bertindak menutup laluan ke kuil Ladang Bangi (padahal kuil itu telah pun diwartakan di bawah kerajaan negeri):-
- Sosialis, 16/5/2019: |"Pemaju Transloyal sekat laluan masuk ke Kuil Ladang Bangi"
- S. Arutchelvan @ Sosialis, 16/5/2019: |"Mengapa MPKj tidak bertindak? Mengapa pemaju begitu kebal?"
NOTA 6: Bacaan lanjut mengenai nasib penduduk asal sesuatu tempat (penduduk kampung, pekerja ladang, dll), serta kesan terhadap keluarga, budaya, dan sosioekonomi mereka, setelah tanah yang mereka duduki diambil alih untuk pembangunan, oleh syarikat swasta mahupun kerajaan:-
- Selvi Narayanan, Katiman Rostam, 2012: |"Impak sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya terhadap penduduk asal: Kes isi rumah yang dipindahkan ke Taman Permata, Dengkil, Selangor" (PDF).
- Andrew C. Willford, S. Nagarajan, 2015: "Tamils and the Haunting of Justice: History and Recognition in Malaysia's Plantations", m.s. 108-118.
1915-11-10: Ladang Gula
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1915.11.10 | "Sugar". Malaya Tribune., 10 November 1915, Page 14 |
Aduan pembaca, seorang pengusaha ladang tebu di Bangi, berkenaan kemerosotan prospek keuntungan dan tenaga kerja ladang tebu berbanding getah. Antara dakwaan beliau: ladang getah lebih rendah kos pengusahaannya, serta tidak terjejas oleh peralihan sistem kuli kontrak kepada sistem migran “bebas”.
NOTA: Maklumat lanjut tentang peralihan ini boleh dibaca dalam artikel Amarjit Kaur @ New Mandala (2013):-
Sumber lain: |James Hagan, Andrew Wells, 2005: "The British and rubber in Malaya, c1890-1940"
1916-05-10: Belalang Juta
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1916.05.10 | "The Locust Pest". The Straits Times, 10 May 1916, Page 3 |
Laporan kawalan populasi belalang juta di Malaya, melalui kaedah racun di kawasan sarangnya, termasuk sawah-sawah padi di sekitar Bangi.
1917-04-05: Ladang Bukit Tunggu(l)
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1917.04.05 | "BIRTHS". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 5 April 1917, Page 1 |
Kelahiran anak pasangan Mr/Mrs Robert Stevenson di Ladang Bukit Tunggu(l), Bangi.
NOTA 1: Mungkinkah ada kaitan dengan Mr. Robert Stevenson (1923)?
NOTA 2: Sebelum tahun 1953 (atau 1962?) terdapat sebuah sekolah Tamil di sini, sebelum ia dipindahkan ke Ladang Broome.
NOTA 3: (Sebahagian?) kawasan ladang Bukit Tunggu(l) ini kemudiannya diusahakan oleh sekelompok masyarakat Temuan, sejak mereka dipindahkan ke situ dari tapak UKM sekarang pada tahun 1974. Namun pada tahun 1994, ia telah diambilalih oleh pihak lain untuk dijadikan padang golf. (Zawawi Ibrahim, 2016: |"Anthropologizing Human Insecurities: Narrating the Subjugated Discourse of Indigenes on the Deterritorialized Landscapes of the Malaysian Nation-State", m.s.38). Nama kawasan tersebut juga telah diubah kepada Bukit Unggul Golf Country Resort (BUGCR).
1917-06-15: Kes Bunuh
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1917.06.15 | "Kuala Lumpur Assizes". Malaya Tribune., 15 June 1917, Page 3 |
Perkembangan suatu Kes Pembunuhan di Bangi: Tuduhan bunuh telah digugurkan.
1917-08-30: Stesen Keretapi Bangi
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1917.08.30 | "Untitled". The Straits Times, 30 August 1917, Page 6 |
Laporan petisyen penduduk dan peniaga di Bangi, memohon agar keretapi jam 9.30 pagi berhenti di stesen keretapi Bangi.
NOTA 1: “Stesen Keretapi Bangi dibina pada tahun sekitar 1902 -1905 . Stesen ini dibina untuk memudahkan pengangkutan hasil getah dan bijih timah di kawasan ini. Stesen Baru pula dibina pada 1994 terletak 100 meter dari stesen lama. Kesan stesen lama boleh lagi dilihat sehingga kini yang terletak bersebelahan restoran Cina jalan menghala ke Sekolah Bangi. Laluan rel kereta Kajang - Bangi mula dibina pada 14 jun 1902 dan laluan Bangi - Batang Benar pula mula dibina pada 1 Feb 1903.” (Faizal Hj Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi")
Sumber gambar: Kelab Peminat Sejarah & Gambar Lama II, 2017
NOTA 2: “Pekan Bangi dibuka pada tahun 1906 menawarkan 18 deretan kedai Melayu menjual songkok dan capal, candu, timah, getah, kedai kopi dan sebagainya. Pernah terbakar namun dibangunkan semula kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada tahun 1926.” (Bennie Zie Fauzi @ Berita Harian, 2015: "Bangi tempat putera terbuang")
“Sebahagian dari bangunan kedai yang paling awal dan masih lagi ada sehingga kini di pekan Bangi lama.” - Foto Kamarulzaman Ariffin @ Berita Harian, 2015: "Bangi tempat putera terbuang"
1919-04-10: Banjir di Selangor
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1919.04.09 | "THE FLOODS IN MALAYA". The Straits Times, 9 April 1919, Page 9 | |
1919.04.10 | "Untitled". The Straits Times, 10 April 1919, Page 6 | |
1919.04.10 | "K. L. Floods". Malaya Tribune., 10 April 1919, Page 6 |
Banjir di Selangor:-
- Landasan keretapi di antara Batang Benar dan Bangi ditenggelami air.
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 | Hubungi Kami |
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.