User Tools

Site Tools


sejarahbangi-1920-1929

Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1920-1929

1920-04-15: F. R. Holt @ Ladang Broome

1923-08-22: Robert Stevenson @ Ladang Bukit Tunggu(l)

Perkahwinan warga Ladang Bukit Tunggu(l) berdekatan Bangi.

NOTA 1: Mungkinkah orang yang sama atau ada kaitan dengan Mr. Robert Stevenson (1917)?

1923-12-28: Gelinciran Keretapi (I)

Gerabak keretapi tergelincir di antara Bangi dan Kajang.
Kemungkinan landasan yang terlibat dalam gelinciran keretapi ini.

1925-04-22: Ladang Galloway

Kelahiran anak perempuan pasangan warga Ladang Galloway, Bangi, Mr. & Mrs. J Miller, di |European Hospital, KL.

NOTA: Ladang Galloway kemudiannya diambil alih oleh kerajaan untuk dijadikan sebahagian daripada Putrajaya kini, dan di antara tahun 1996-2000, penduduk asalnya dipindahkan ke Flat Taman Permata, Dengkil, lalu terkesan oleh pelbagai masalah, sehingga kini. (Selvi Narayanan, Katiman Rostam, 2012:|"Impak sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya terhadap penduduk asal: Kes isi rumah yang dipindahkan ke Taman Permata, Dengkil, Selangor").

1925-12-03: Banjir di Selangor

Banjir di negeri Selangor, termasuk Bangi. Antara yang terjejas: jalan Kajang-Sg Chua (kawasan tebing Sungai Langat), dan landasan keretapi Bangi-Batang Benar.
Kemungkinan kawasan banjir: Jalan Kajang-Sg ChuaKemungkinan kawasan banjir: Landasan keretapi Bangi-Batang Benar

NOTA 1: Nama Sungai Langat adalah sempena sebuah pekan di muaranya. 'Langat' adalah terbitan istilah Minangkabau bermaksud 'air hangat', oleh kerana air di muaranya yang sentiasa hangat. Menurut sumber yang lain pula, namanya sempena ikan Selangat, yang sering ditangkap di sini.
Sebuah perkampungan Cina di tebing Sungai Langat, Jugra, 1874.
Sebuah perkampungan Cina di tebing Sungai Langat, Jugra, 1874. (Sumber gambar dan maklumat: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), 2015: |"Sungai Langat - State of the River Report 2015" (PDF).

NOTA 2: “Sumber air Sungai Langat di hadapan UKM sepanjang tujuh kilometer bermula dari anak Sungai Bangi di dalam hutan simpan UKM dan melalui Alur Ilmu sebelum memasuki ke Sungai Langat. Sepanjang lima kilometer anak sungai itu berada dalam kawasan hutan simpan sementara dua kilometer lagi melalui Alur Ilmu hingga ke Sungai Langat.” (Kurniawati Kamarudin / Bernama @ Utusan Borneo, 2018-02-04: |"Usaha menghidupkan semangat Sungai Langat".
Lembangan Sungai Langat
Lembangan Sungai Langat (Roslan Zainal Abidin, Mohd Sofiyan Sulaiman, Naimah Yusoff, 2017: |"Erosion risk assessment: A case study of the Langat River bank in Malaysia")

1926-09-17: F.J. Pratt @ Ladang Broome

Kelahiran anak lelaki pasangan Mr. dan Mrs. F.J. Pratt dari Ladang Broome Bangi, di |European Hospital, KL.

NOTA: Antara sumbangan Mr. F.J. Pratt :-

1927-05-23: Gelinciran Keretapi (II)

Keretapi tergelincir di Bangi.

1927-08-10: Kebakaran Besar

Kebakaran besar di Bangi: Hampir 40 buah rumah musnah, ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal. Panggilan kecemasan dibuat jam 2 pagi. Apabila pasukan bomba tiba 45 minit kemudian, api telah pun marak. Air dipam dari anak sungai berdekatan, dan pemadaman mengambil masa kira-kira 2 jam. Puncanya tidak diketahui, dan anggaran jumlah kerugian adalah $50,000.

NOTA 1: Maklumat lanjut: Kebakaran mula disedari pada jam 1.30 pagi, oleh pihak polis. Setelah percubaan memadamkan api gagal, seluruh penduduk dikejutkan dan akhirnya berjaya menyelamatkan diri: tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pasukan bomba di KL turut dipanggil, tetapi setibanya di Bangi jam 3 pagi, kebakaran telah pun tamat, dan hampir 40 buah rumah musnah sepenuhnya. Punca kebakaran tidak dapat dikenalpasti, tetapi tiada tanda-tanda perbuatan khianat. (|PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 1927: "REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927")
REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.1REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.2REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.3REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.4

NOTA 2: “Pekan ini dibuka pada abad ke-20, kemungkinan pada sekitar tahun 1902 - 1905 . Pekan asal ini terletak bertentangan dengan stesen keretapi Bangi (sebelah dewan MCA Bangi mengunjur sampai ke sekolah lama Cina) , terdapat 18 buah kedai-kedai orang Melayu, India & Cina seperti kedai runcit, kedai songkok dan capal, kedai kopi, kedai candu, kedai timah, kedai getah dan sebagainya. Pekan ini mula berkembang serentak dengan pembukaan ladang - ladang getah & pembinaan stesen keretapi Bangi. Pekan asal ini kemudiannya telah terbakar pada tahun 1924 dan dibangunkan semula oleh Kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada tahun 1926. Setelah itu peniaga-keturunan cina mula menguasai perniagaan di pekan ini. Medan Mara Bangi pula dibangunkan pada sekitar 70an bertujuan membantu peniaga Bumiputera berniaga.” (Faizal Hj Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi")
Pekan Bangi (kini)

1929-03-07: Gabungan Ladang Balgownie dan Connemara

sejarahbangi-1920-1929.txt · Last modified: 2020/08/20 16:17 by sazli