Jadual Kandungan

Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1930-1939

1931-06-23: Cadangan Lapangan Terbang

Surat pembaca(?) yang mengkritik kaedah pemilihan dan keputusan lokasi pembinaan lapangan terbang komersil yang bakal dibina, yang telah dibuat tanpa melibatkan pentadbiran tempatan. Beliau berharap agar lapangan terbang tersebut tidak akan dibina di tempat terpencil seperti Bangi, Sepang, atau Grik.

1932-07-09: Ahli Bomba Terkorban

Seorang ahli bomba meninggal dunia ketika sedang bertugas di atas keretapi KL-Gemas, akibat terhantuk kepala ke tiang sebuah jambatan di Bangi.

NOTA: Kejadian yang hampir sama berlaku pada tahun 1961, melibatkan seorang pelajar sekolah.

1933-04-06: Jalan Raya Banjir

Antara lain melaporkan sebahagian jalan raya Bangi-Telok Datok dan Kajang-Reko ditenggelami banjir.
Jalan Bangi-Telok Datok secara kasarJalan Kajang-Reko secara kasar

1933-06-16: Isu Peladang

Cadangan penanaman pokok jarak sebagai tanaman selingan, setelah percubaan awal penanaman jarak secara tunggal di Bangi gagal akibat serangan serangga perosak.

1934-10-11: Tiket Keretapi Murah

Harga promosi tambang keretapi, termasuk Seremban-Bangi-Serdang. Harga tambang Melaka-Seremban ketika ini: $1.80

1934-10-26: Kes Bunuh di Dengkil

Suatu kes pembunuhan di Dengkil (berdekatan Bangi), melibatkan bekas isteri dan anak mangsa.

1935-06-21: Selenggaraan Jalan

Tarikh Butiran Keratan
ROAD REPORTS 1935.06.21 "ROAD REPORTS". Malaya Tribune, 21 June 1935, Page 19

Laporan selenggaraan jalan raya, antaranya jalan Bangi-Salak dan Bangi-Telok Datok.
Jalan Bangi-Salak secara kasar.Jalan Bangi-Telok Datok secara kasar.

1935-10-29: Kerosakan Landasan Keretapi

Hujan lebat menyebabkan sedikit kerosakan pada landasan keretapi Bangi-Kajang.
Landasan keretapi Bangi-Kajang

1936-11-16: Peruntukan bagi Sekolah Bangi

Peruntukan belanjawan negeri Selangor, antaranya bagi Sekolah Melayu Bangi (kini Sekolah Kebangsaan Bangi (SK Bangi)).

NOTA: “Sekolah ini merupakan sekolah kedua tertua di Daerah Hulu Langat selepas sekolah High School Kajang. Di buka sejak 13.9.1924 sebagai Sekolah Melayu Bangi. Pada tahun 1935 pula bangunan sekolah tetap telah dibina diperbesarkan” (mungkin sebahagiannya menggunakan dana yang dilaporkan di sini) “dan kemudian di bangunkan semula bangunan baru pada tahun 1983. Pada 1985 sekolah ini telah menyambut Jubli Perak sempena ulang tahunnya yang ke-50 tahun yang telah dirasmikan oleh Sultan Selangor.” (Faizal Haji Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi")
Sekolah Melayu Bangi (Tarikh tidak diketahui)
Sekolah Melayu Bangi (Tarikh tidak diketahui) (Sumber gambar: Faizal Haji Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi")
Satu-satunya bangunan Sekolah Kebangsaan Bangi, yang kedua tertua di Bangi, masih ada sehingga kini di pekan Bangi lama. - Foto Kamarulzaman Ariffin
“Satu-satunya bangunan Sekolah Kebangsaan Bangi, yang kedua tertua di Bangi, masih ada sehingga kini di pekan Bangi lama.” - Foto Kamarulzaman Ariffin @ Berita Harian, 2015: "Bangi tempat putera terbuang"

1937-03-12: Mogok Pekerja Ladang

Mogok pekerja estet sekitar Kuala Lumpur dan Ulu Langat, termasuk Bangi: Kira-kira 200 orang pekerja (kebanyakannya pekerja wanita berbangsa Cina) telah berhimpun di Estet Wardieburn, Kuala Lumpur, bagi menyatakan tuntutan kolektif mereka. 5 buah lori polis dikerah bagi meleraikannya. Pada asalnya, 60 orang pekerja estet telah mogok dan menyatakan 18 tuntutan, yang tampaknya tidak dilayan, lalu mencetus perhimpunan ini. Pihak majikan mendakwa mereka telah dihasut oleh pihak luar. Selain di sini, mogok turut dilaporkan di estet Sungei Rinching, Prang Besar, Connemara, Bangi, Bukit Tunggu(l), Sydney, Balau, dan Hawthornden. Namun di estet-estet ini, tuntutan mereka dapat diselesaikan lebih awal.

NOTA 1: Maklumat lanjut: “In early March 1937 Chinese rubber tappers in a number of estates in the Ulu Langat district, such as Hawthornden, Wardieburn, Sungei Rinching, Connemera, and Bangi Estates, struck to demand better wages and more decent working conditions (SSF, 1937). These strikes were fuelled by developments in the Bolton Estate strike in Cheras. In a workers' gathering a police detective who had infiltrated the ranks of the workers was exposed and assaulted. On learning of the matter a police party was dispatched to Bolton Estate and about 60 workers were arrested, though the leaders escaped. Anticipating that the leaders would return to claim the bicycles they had left behind, four police detectives were stationed there. However, contrary to the expectation of the authorities, the Bolton Estate labourers, angered by the police action, organized a protest march to Kuala Lumpur to demand the release of the 60. On their march the four detectives were assaulted when they tried to prevent their progress (SSF, 193 7).” (P. Ramasamy, 1994: |"Plantation Labour, Unions, Capital, and the State in Peninsular Malaysia", m.s. 54-56).
Sumber lain: J. Norman Parmer, 1964: "Chinese Estates Workers' Strikes in Malaya in March 1937", m.s.157-158.

NOTA 2: Meneliti sejauh mana Parti Komunis Malaya mempengaruhi, merancang, membantu, serta menyokong mogok para pekerja ini: “The more skilful Chiu Tong then took over and manipulated the situation more subtly and cautiously. He began by grouping the leading MCP (Malayan Communist Party) and GLU (General Labour Union) activists into a twelve-men committee subsequently known as the Kajang Strike Committee. These activists then scattered among the workers to incite and marshall support for a general work stoppage. No mention was made about the Rubber Workers' Union (RWU) they intended to form lest this scared away tappers. By early March the ground had been sufficiently prepared and Chiu Tong issued the order to commence action. A list of nineteen demands purportedly drafted by Lee, Chairman of the Northern Central, and subsequently submitted to other employers in Selangor and Negri Sembilan, was presented to the Bangi Estate in Bangi, the Connemara Estate in Semenyih and the Sungei Rinching Estate in Kajang on March 7th. Employers' refusal to even consider the demands sparked off the strike. Thereupon Chiu Tong announced the formation of the RWU of Selangor and Negri Sembilan and a general membership drive began. On March 8th Lee (or Ngaw), a communist propagandist, purportedly instigated women workers in Wardieburn Estate and Shum Yuk Leung Factory to cease work in order to celebrate the Russian-sponsored International Women's Day. To mark the occasion a woman raised a Red Flag in Wardieburn Estate. The next day the largely female labour force downed tools in Wardieburn and Hawthornden Estates near Ulu Klang. Two days later the Kajang Strike Commitee despatched Yeong Mah Kee and two other communist agents to foment unrest in Negri Sembilan. On November 12th tappers in Batang Benar were induced to submit demands and when employers proved intransigent, strikes erupted. Partly carried by its own impetus, the strike spread to many other estates in Selangor and Negri Sembilan. During this time the orderly nature of the strikes and workers' readiness to negotiate offered no cause whatsoever for government intervention - an eventuality already desired by several employers and police officers.” (Yeo Kim Wah, 1976: "THE COMMUNIST CHALLENGE IN THE MALAYAN LABOUR SCENE, SEPTEMBER 1936—MARCH 1937")
A sketch of the Strike Areas in Selangor and Negeri Sembilan 1936-1937

NOTA 3: Kajian Tai Yuen, antara lain menyenaraikan beberapa statistik kejadian di m.s. 337:-

NOTA 4: Perspektif berbeza tentang peristiwa ini: “Kemaraan kesatuan buruh-buruh wanita semakin memuncak apabila lima daripada ladang getah berhampiran, iaitu Ladang Getah Connemara, Ladang Getah Sungei Rinching dan Ladang Getah Bangi turut melancarkan rusuhan dan mogok secara serentak. Mogok ini dilancarkan apabila pihak majikan apabila pihak pengurusan ladang getah membuang pekerja wanita ladang getah Bangi apabila pekerja-pekerja ini menghentikan kerja buat sementara bagi bagi menyambut Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mei 1937. Pihak majikan bertindak membuang buruh-buruh wanita ini kerana menganggap mereka merupakan agen subversif Komunis. Kerja-kerja buruh ini telah digantikan dengan buruh-buruh murah dari Jawa (SSG 194/1937: Strike on Connemara Estate). Tindakan pihak pengurusan membuang buruh-buruh wanita yang terlibat telah menyebabkan kemarahan rakan-rakan mereka yang lain. Keputusan ini juga menyebabkan mereka melancarkan mogok di lima buah ladang getah yang terlibat secara serentak.” (|Ruhana Padzil, 2017: "Perjuangan wanita dalam aktivisme sosial dan nasionalisme di Tanah Melayu, 1929-1957", m.s.244-248)
Sumber lain: “Later, the police were incensed by events on the Wardieburn Estate in Ulu Klang, where female tappers flew a red flag and stopped work to observe International Women’s Day; 'one of the days decreed for celebration by the Communist Party of Russia,' fumed Commissioner Sansom. At the same time, he claimed that the strikers had lodged 'exorbitant wage demands' and other 'supplementary and unreasonable demands.' These included the provision of childcare for children under the age of five, schools for the coolies’ children, and 'no dismissals or fines without cause and new labourers to be introduced by the present labour force.' In response, the coolie lines on the nearby Hawthornden Estate were raided and the strike leaders dragged off. When the workers held a protest meeting on the lines, the police and soldiers of the Punjabi Rifles attacked with force. Sansom’s report read, 'For three weeks this unruly gathering had been a law unto itself, definitely anti-European and defiant.' This strike wave was later crushed by the state authorities.” (John Tully, 2011: "The Devils Milk: A Social History of Rubber", |Chapter 16)

NOTA 5: Peranan Rejimen Askar Melayu sebagai pasukan pengaman: ESTATES STRIKE: MALAY REGIMENT STANDING BY DEPOT POLICE READY FOR EMERGENCY. Malaya Tribune, 23 March 1937, Page 14
Sumber lain: “In March 1937, the Malay Regiment played an important role in maintaining order during a labour dispute at the Batu Arang Coal Mine in Selangor, Malaya, where 6,000 workers went on strike. This later earned the regiment a special commendation from the Malayan governor and general officer commanding.” (Guay Ee Ling, 2010: |"Malay Regiment")

1939-04-16: Landasan Keretapi Bangi-Seremban

Perihal landasan keretapi Bangi-Seremban:-

NOTA: Maklumat lanjut mengenai sejarah landasan keretapi di Semenanjung Tanah Melayu: |"F.M.S.Railway - KTMB Historical Date (1900 - 1950)"

1939-05-09: Juruterbang Hilang

Pencarian Juruterbang hilang: |Mr E. Littleton Hay (36 thn), pengarah Park and Francis, Ltd. (sebuah syarikat kejuruteraan perlombongan di Kuala Lumpur). Beliau mengemudi pesawat |Tiger Moth VR-RAN milik Kelab Penerbangan Kuala Lumpur, dari KL menuju Kajang dan Bangi, bagi meninjau kawasan perlombongan. Kali terakhir dilihat di sekitar Kajang, menuju Semenyih. Turut dilihat di estet Prang Besar dan Ampat Tenang, juga di sekitar Mantin dan Sepang, menuju Seremban. Keesokan harinya, laporan dari sempadan Pahang dan Bahau mengatakan pesawat tersebut ada dilihat di sana, mungkin ditiup angin ribut kencang, lalu terhempas di sekitarnya.

1939-05-16: Juruterbang Ditemui

Mayat juruterbang ditemui hangus terbakar, masih di dalam bangkai pesawatnya, oleh sebuah pasukan kaum Sakai(Senoi), di pinggir sebuah gunung (2,000 kaki dari dasar laut) di dalam hutan belantara Gi(e)nting Peras, 15 batu dari jalan Ulu Langat (14 jam perjalanan mengharungi hutan), di sempadan Selangor-Pahang. Ketika terhempas, pesawat tersebut terlanggar sebatang pokok meranti setinggi 50 kaki, yang terpatah dua lalu tertimpa pesawat tersebut. Kedua sayap pesawat turut patah, dan enjinnya tercampak sejauh 30 kaki dari badan pesawat.

NOTA 1: Genting Peras, kini: “Genting peras adalah salah satu tempat tumpuan untuk para pengayuh basikal di seluruh Malaysia. Terletak antara sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan ia menjadi tumpuan para pengayuh basikal kerana kurangnya tumpuan kenderaan bermotor dan juga pemandangan yang cantik.” (Hafrizal Assidiq, 2018: |"Kayuhan mendaki genting peras")
Maklumat lanjut: Cycling Plus Malaysia, May 18, 2018: |"Hulu Langat, a green gem right outside the city.
Perjalanan kayuhan basikal: Dusun Tua-Genting Peras
Kiri: Perjalanan kayuhan basikal Dusun Tua-Genting Peras (Ahmad Haswadi Hashim @ plotaroute.com, 2017: "Genting Peras Hulu Langat").
Kanan: Jarak ke lokasi, dari Bangi (Genting Peras).

NOTA 2: Waris mendiang pernah bertanyakan hal pusara beliau di sini: John Hay, 2015: "The Thrifty Traveller" (ruangan komen).

1939-08-03: Cadangan Awal KWSP Ladang

Surat pembaca, dari S. Arumugam (Estet Bangi). Kemungkinan antara perbincangan awal mengenai kumpulan wang simpanan pekerja estet, hampir sedasawarsa sebelum penubuhan The Malaysian Estates Staff Provident Fund pada tahun 1947. Antara penyokongnya ialah Mr. F.J. Pratt, pengurus Ladang Broome di Bangi.

NOTA: Pada tahun 1940, Mr. F.J. Pratt mengelola peperiksaan Bahasa Tamil yang pertama selepas diambil alih oleh Incorporated Society of Planters (I.S.P.). Beliau kemudiannya dilantik menjadi ahli Majlis Negeri Selangor.

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.