Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1960.05.09 | "LAYANAN2 DALAM MASA KURSUS DI-PUJI". Berita Harian, 9 May 1960, Page 7 |
Kursus ketua-ketua kampung dari seluruh Selangor (termasuk Bangi, Jenderam, Sungai Ramal, Kajang, dll), dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Negeri Selangor di Kuala Lumpur.
NOTA Kemungkinan kursus ini adalah susulan pelancaran Buku Merah beberapa hari sebelumnya (6 Mei 1960) oleh Tun Abdul Razak (ketika itu beliau adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar yang pertama), suatu rancangan pembangunan kampung secara sistematik melalui 3 peringkat, iaitu peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. (Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 2020: |"Latar Belakang Pembangunan Luar Bandar").
Buku Merah (Gambar: Muzium Negara)
Maklumat lanjut: Hasnah Hussiin, 2010: |"TRANSFORMASI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA 1960-2010".
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1960.05.31 | "Repairs to bridge". The Singapore Free Press, 31 May 1960, Page 7 | |
1960.06.09 | "JALAN RAYA DI-TUTUP". Berita Harian, 9 June 1960, Page 1 |
Jalan Kajang-Bangi ditutup selama 2 minggu (20 Jun - 4 Julai) untuk kerja-kerja baik pulih jambatan.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1960.07.27 | "SAHABAT PENA". Berita Harian, 27 July 1960, Page 6 |
Seorang anak muda Jenderam / Bangi mencari sahabat pena melalui ruangan khas / “feature” di dalam Berita Harian.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1960.09.22 | "Citizenship papers pile up: Shortage of clerks, forms blamed". The Singapore Free Press, 22 September 1960, Page 9 |
Maklumbalas terhadap aduan beberapa orang warga Dengkil, Beranang, dan Bangi yang tidak dapat membuat permohonan warganegara disebabkan ketiadaan borang atau pegawai, serta tidak cukup maklumat mengenainya, di pusat-pusat pendaftaran. Pihak berwajib menjelaskan punca sebenar, iaitu tunggakan kerja disebabkan terlalu banyak permohonan, serta diproses oleh pegawai yang tidak berpengalaman.
NOTA: Kemungkinan lambakan permohonan ini berlaku apabila kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu mula dikeluarkan hampir 2 bulan sebelumnya, iaitu pada 2 Ogos 1960. (Jabatan Pendaftaran Negara, 2016: |"Sejarah").
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1960.10.19 | "Berkursus". Berita Harian, 19 October 1960, Page 5 |
Penduduk kampung mengikuti kursus tatarakyat di sebuah sekolah agama di Kampung Batu 5, Jalan Bangi.
NOTA 1:
“Kampung Batu 5, Jalan Bangi terletak di Bangi, Selangor. Tahun 1940-an nama kampung ini ada tercatat di dalam geran tanah penduduk tertua kampung ini. Rata-ratanya penduduknya adalah berbangsa Jawa dari suku kendal dan karanganyar di Jawa Tengah. Kini tahun 2004 mereka yang tertua di kampung ini yang bertanggungjawab membangunkan kampung ialah Tn. Hj. Sangit Bin Jamal (PJK) (Ketua Kampung), di samping Tn. Hj. Noh (Imam), Tn. Hj. Rawi (Imam),Tn. Hj Hamdani Saw@ As-Sanussi(Bilal) Tn. Hj. Mustanir (Setiausaha Surau/amil), Cikgu Tn. Hj. Kahar (Pengerusi Surau), En. Ahmad Delowo (Amil 2) dan Tn. Hj. Keliwoon (j/k kampung). Nama-nama mereka ini jika disebut sahaja semua orang kampung akan kenal kerana jasa mereka membangun dan merancang kemajuan kampung batu 5 Bangi.” (Wikipedia). Namun tidak diketahui di mana terletaknya sekolah agama ini (yang ada di Google Maps, cuma Sekolah Agama Kampung Batu 3), dan apakah sejarah serta kesudahannya. Mungkin boleh ditanyakan kepada warga yang disebut di atas.
NOTA 2: Maklumat lanjut tentang kursus tatarakyat ini:-
Tarikh | Butir Keratan | |
---|---|---|
1960.11.08 | "SELUROH MALAYA BAH". Berita Harian, 8 November 1960, Page 1 |
Banjir seluruh Malaya di musim tengkujuh. Antara kesan yang dilaporkan ialah di Batu 19 Jalan Bangi (paras banjir 11 inci, dan masih naik).
Tarikh | Butir Keratan | |
---|---|---|
1961.03.12 | "Student killed on way home for the holidays". The Straits Times, 12 March 1961, Page 1 | |
1961.03.13 | "MURID MATI JATUH K-API". Berita Harian, 13 March 1961, Page 1 |
Malang buat seorang murid sekolah di Ipoh, yang dalam perjalanan pulang bercuti di kampungnya di Johor: kepalanya terhantuk galang/palang sebuah jambatan di Bangi, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
NOTA: Kejadian yang hampir sama berlaku pada tahun 1932, melibatkan seorang ahli bomba.
Tarikh | Butir Keratan | |
---|---|---|
1961.06.12 | "$40,000 plan for small planters". The Straits Times, 12 June 1961, Page 7 |
Persatuan Koperasi Pekebun Kecil Getah Melayu Kajang merancang untuk membina rumah asap, stor, dan kilang di Bangi, untuk kemudahan pekebun kecil di 10 buah kampung di antara Sungai Kembong Ulu dan Sungai Merap(b).
NOTA:-
Kemungkinan kawasan kebun-kebun kecil getah di Bangi ketika itu, di sekitar 10 buah kampung di antara Sungai Kembong Ulu dan Sungai Merab. Cadangan rumah asap, stor, dan kilang dalam bulatan merah (kawasan pekan Bangi, di tengah-tengahnya). Belum ada sebarang maklumat ditemui berkaitan koperasi ini, mahupun rumah asap, stor, dan kilang yang telah dicadangkan.
Tarikh | Butir Keratan | |
---|---|---|
1961.10.07 | "Ranchangan jalan gagal?". Berita Harian, 7 October 1961, Page 4 |
Aduan berkenaan pembinaan sebuah jalan baru yang menghubungkan Pekan Bangi dengan Kampung Bangi. Perancangan asalnya merentas sawah, tetapi dibina menyisir jalan keretapi dan melalui bukit tinggi.
Sekitar jalan Pekan Bangi - Kampung Bangi kini.
Tarikh | Butir Keratan | |
---|---|---|
1961.10.27 | "Temasha sukan". Berita Harian, 27 October 1961, Page 8 |
Pengumuman temasha sukan dan hari ibu bapa di SK Bangi, bakal diadakan pada Ahad 29 Oktober 1961.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.03.07 | "Bersuka ria sambil chari derma sekolah". Berita Harian, 7 March 1962, Page 8 | |
1962.03.11 | "Sandiwara utk derma sekolah". Berita Harian, 11 March 1962, Page 5 |
Pengumuman serta laporan acara sandiwara dan aneka warna yang diadakan di SK Bangi pada 9-10 Mac 1962 (5 Syawal), oleh pemuda-pemudi Kampung Bangi. Menurut guru besar, Che'gu Saari bin Said, sandiwaranya ialah cerita sejarah bertajuk “Biar Bertindek Tulang” (karya Inche' Ahmad bin Badek), manakala aneka warna pula menampilkan Ismail Bontak (penyanyi dan pelawak terkenal ketika itu) serta rakan-rakan. Harga tiket: 50 sen (dewasa) dan 30 sen (kanak-kanak).
NOTA: Sedikit perihal Ismail Bontak yang ditemui setakat ini:-
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.03.21 | "Pemuda2 kampong tanam jagong". Berita Harian, 21 March 1962, Page 8 |
35 orang pemuda Kampung Batu 5 Jalan Bangi bergotong royong menanam jagung, membela ikan, dan memelihara ayam itik, untuk disumbangkan kepada dana kebajikan kampung. Usaha ini diketuai oleh En. Tarkin Hj Sakami, dengan kerjasama penghulu daerah Semenyih En. Kasim, dan ADUNnya Dato' Kampo Radjo.
NOTA: Ini mungkin ladang jagung yang sama yang dilanda banjir pada bulan berikutnya.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.03.25 | "Mati Bertindeh Tulang di-Bangi". Berita Harian, 25 March 1962, Page 9 |
Suatu ulasan kritis A Wahab Ali, berkenaan pementasan amal drama “Mati Bertindeh Tulang” (skrip dan arahan Zainal Harun, dipetik dari salah sebuah cerpen Harun Aminurrashid) di SK Bangi.
NOTA 1: Mungkinkah pengarah drama ini, Zainal Harun, adalah warga Bangi yang ditemuramah oleh pihak Berita Harian di dalam suatu rencana berkenaan Bangi, pada tahun 2015?
Kiri: Zainal Harun (gambar dari keratan 1962). Kanan: Zainal Harun (gambar dari keratan 2015). Mungkin orang yang sama? (Perlu disahkan).
NOTA 2: Penulis ulasan ini, A Wahab Ali, ialah seorang tokoh budayawan kelahiran Bangi.
Sedikit maklumat berkenaan asal-usul dan sejarah A. Wahab Ali:-
Sumber:-
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.03.31 | "M.B. Selangor melawat projek2 kemajuan". Berita Harian, 31 March 1962, Page 8 |
Antara lain, Dato' Abu Bakar Baginda melawat anak-anak getah baru di kawasan Sungai Merab, dan mendengar aduan peneroka di kawasan Kampong Baru Bangi.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.04.25 | "TANAH HARAM: MB BERI PENERANGAN DLM KURSUS SIVIK". Berita Harian, 25 April 1962, Page 8 |
Encik Tarkin Haji Kastawi, pengerusi Syarikat Persatuan Peladang Batu 5 Jalan Bangi melaporkan, seluas 5 ekar ladang jagung mereka ditenggelami air banjir sedalam 5 kaki. 10,000 anak pokok jagung yang ditanam secara gotong-royong, musnah.
NOTA: Ini mungkin ladang jagung yang sama yang telah dilaporkan dalam keratan akhbar sebulan sebelumnya.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.05.30 | "30 pemuda di-berkas polis di-ibukota". Berita Harian, 30 May 1962, Page 5 |
23 orang pegawai polis membuat serbuan di Ladang Bangi dan menahan 5 orang pemuda di situ. Kemungkinan ini adalah sebahagian daripada operasi pembanterasan kegiatan “samseng”.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.07.05 | "290 EKAR SAWAH YG KERING DARI MASA JEPUN DI-KERJAKAN". Berita Harian, 5 July 1962, Page 11 |
Pegawai daerah Kajang, Encik Othman bin Mohd Din melaporkan, Pejabat Pertanian Negeri Selangor membuka semula beberapa kawasan sawah padi yang terbengkalai sejak pemerintahan Jepun dahulu. Ini termasuk 150 ekar sawah, selenggaraan tali air, serta bantuan baja di kawasan Bangi.
NOTA:-
Antara kawasan sawah padi yang diperkatakan ini, kemungkinan terletak di sekitar Kampung Sungai Purun (berdekatan tebing Sungai Semenyih).
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.07.07 | "Ahli Persatuan Pemuda Desa di-seru bersatu hati utk pembangunan". Berita Harian, 7 July 1962, Page 8 |
Di majlis perasmian salah satu bahagian PPD Ulu Langat Selatan di Semenyih, Dato' Kampo Rajo menyenaraikan 9 cawangan-cawangan PPD ketika ini, antaranya Batu 5 Bangi, dan Pekan Bangi.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.08.03 | "RATU KEBAYA BBK: GADIS2 KAJANG MALU". Berita Harian, 3 August 1962, Page 7 |
Upacara sempena kempen Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat daerah Kajang. Antara yang dianjurkan ialah pertandingan menyanyi lagu asli, ratu kebaya, dan menghias kedai-kedai. Senarai para pemenang:-
NOTA: Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) seluruh negara ini adalah yang julung kali diadakan, dimulai dengan acara di Padang Kelab Melaka. (Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff @ eWARTA MARA, 2017: |"MARA komited memperkasa Bahasa Kebangsaan"). Kempen seluruh negara ini telah dirancang sejak tahun 1961 (Sharifah Darmia Binti Sharif Adam, 2014: |"Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Pentadbiran Dan Pendidikan di Malaysia, 1957–1966", dan turut dilancarkan di |Singapura dan |Brunei.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.09.07 | "Pendudok membena kolam ikan". Berita Harian, 7 September 1962, Page 6 |
30 orang penduduk Kampung Batu 5, Jalan Bangi bergotong-royong menggali kolam ikan Lampam Jawa sebesar 100×60 kaki di bawah syarikat kerjasama kemajuan kampung, dipengerusikan oleh Taslim Haji Sakawi.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.09.15 | "Enam balai raya baru untok pendudok". Berita Harian, 15 September 1962, Page 6 | |
1962.09.21 | "Amaran kapada pemilek2 tanah". Berita Harian, 21 September 1962, Page 6 |
1962-09-15: Perasmian balai raya di Kampung Baharu Bangi Bahagia oleh En. Othman bin Mohd Din, Pegawai Daerah Kajang. Antara lain beliau menyebut balai raya di Sg Merab bakal dibina pada bulan Oktober tahun yang sama.
1962-09-21: Di dalam ucapan perasmian Menteri Besar Selangor Dato' Abu Bakar Baginda, antara lain beliau menyatakan:-
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.10.27 | "AKIBAT MUSIM HUJAN BANYAK PENOREH2 YG MENGANGGOR". Berita Harian, 27 October 1962, Page 8 |
Mohd Noor bin Ali, warga Kampong Bangi, ialah antara penoreh getah yang terkesan oleh hujan yang turun sepanjang 12 hari berturut-turut.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.11.03 | "Usaha gotong royong di-puji". Berita Harian, 3 November 1962, Page 8 |
Dalam suatu upacara gotong royong dan pembukaan projek luar bandar di Beranang, yang turut dihadiri Tun Abdul Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri / Menteri Luar Bandar), En Othman Mohd Din (pegawai pembangunan luar bandar daerah Kajang) mengumumkan pembinaan jalan raya sepanjang 5 batu dari Beranang ke Kg Bangi.
Peta jalan Beranang-Bangi secara kasar.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.11.17 | "BANJIR". Berita Harian, 17 November 1962, Page 1 |
Jalan Kajang-Dengkil (Batu 28) ditenggelami air dan tidak dapat dilalui, manakala Jalan Semenyih-Bangi dinaiki air tetapi masih boleh dilalui.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.11.21 | "New cemetery plan". The Straits Times, 21 November 1962, Page 8 |
Perkuburan jirat Cina bakal dibina di Bangi.
Kemungkinan kawasan tanah perkuburan yang dimaksudkan.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1962.12.20 | "AHLI PEMUDA DESA MENJALANI KURSUS PERTANIAN". Berita Harian, 20 December 1962, Page 7 |
Pertubuhan Pemuda Desa Selatan Ulu Langat telah mengelola sebuah kursus pertanian moden, yang disampaikan oleh Mohd Yusoff bin Din di Pusat Latihan Pertanian Cheras Kajang. Cawangan Bangi menghantar 3 orang wakil, antaranya Cikgu Mohammad bin Mohd Nor dari SK Bangi.
NOTA 1: Sedikit perihal Pertubuhan Pemuda Desa: “Pada hari ini (8 September) dalam tahun 1962, Persidangan Pertubuhan Pemuda Desa yang pertama telah diadakan di Rumah UMNO, Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Sardon b. Haji Jubir, Menteri Pengangkutan yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Pemuda Desa, lebih 100 orang wakil dari 52 bahagian di seluruh Tanah Melayu telah menghadiri persidangan ini. Semenjak ditubuhkan pada 10 Ogos 1961, inilah kali pertama diadakan mesyuarat agung dan persidangan dan berlangsung selama 2 hari.
Di samping perbincangan dan pembentangan kertas kerja, persidangan ini juga turut membincangkan masalah-masalah tanah, persaingan kegiatan antara pertubuhan-pertubuhan, masalah keahlian dan jadual-jadual kerja. Majlis Tertinggi Pertubuhan ini juga telah menetapkan 11 November sebagai hari Pemuda sempena dengan tarikh pendaftarannya. Di persidangan ini, Buku Panduan Pertubuhan Pemuda Desa yang disusun oleh Jawatankuasa Tertinggi telah dibentang dan dipersetujui oleh semua ahli. Penerimaan buku panduan ini telah meletakkan ahli bertanggungjawab di dalam segala bidang yang dianjurkan oleh Pertubuhan termasuk kegiatan pertanian, ternakan, pemasaran, kontrak kerja dan sebagainya.
Pertubuhan Pemuda Desa ini merupakan sebuah badan sukarela yang bergabung dengan Majlis Belia Malaya. Matlamat utama Pertubuhan ini ialah bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan rancangan pembangunan luar bandar, mengamalkan sifat bergotong royong dan berjimat cermat dalam segala urusan, melaksanakan rancangan-rancangan yang berfaedah, mengadakan kursus dalam bidang pembangunan desa, bekerja untuk faedah bersama khasnya masyarakat desa dan bergerak di luar pengaruh politik dan perkauman. Kegiatan-kegiatan Pertubuhan ini tidak lama kerana di sekitar tahun 1965/1966 ia telah dibubarkan.” (446 @ Facebook, 8 September 2020: |"Pada hari ini dalam tahun 1962, Persidangan Pertubuhan Pemuda Desa yang pertama telah diadakan di Rumah UMNO, Kuala Lumpur...").
NOTA 2: Pusat Latihan Pertanian Cheras kini dinamakan Pusat Flora Cheras (Pusat Flora Cheras, 2017: |"SEJARAH PENUBUHAN PUSAT FLORA CHERAS"). Beberapa gambar lokasi ini pada tahun 2012: Thrifty Traveller, August 10, 2012: |"Pusat Flora Cheras".
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1963.01.23 | "Better roads". The Straits Times, 23 January 1963, Page 5 |
$50,000 diperuntukkan bagi penaik tarafan jalan dan perparitan di sekitar kampung-kampung di Dengkil dan Bangi.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1963.03.11 | "Sharikat penternakan dapat hasil yang memuaskan". Berita Harian, 11 March 1963, Page 7 |
Sharikat Kerjasama Penternakan dan Pasaran Ayam daerah Ulu Langat dan Kajang, ditubuhkan dua bulan sebelum ini, hasil gabungan 5 sharikat kerjasama di sekitarnya, antaranya di Rinching Hilir, Bangi. Sharikat ini dipengerusikan oleh Dato' Kampo Radjo.
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1963.03.20 | "UMNO Semenyih dan pengundi2 terkejut Datok Kampo Radjo keluar UMNO". Berita Harian, 20 March 1963, Page 2 | |
1963.04.04 | "Usul 'tidak perchaya' di-kalahkan". Berita Harian, 4 April 1963, Page 1 |
1963-03-20: Dato' Kampo Radjo, ketika ini ADUN Semenyih (termasuk Kajang dan Bangi), telah keluar daripada UMNO. Keputusan ini dipercayai disebabkan suatu peristiwa melibatkan En Aziz Ishak, bekas Ketua Jawatankuasa Perhubungan UMNO Selangor dan bekas Menteri Pertanian dan Sharikat Kerjasama.
1963-04-04: Beliau kemudiannya membuat usul tidak percaya di sidang DUN Selangor, tetapi ianya ditolak.
NOTA: Maklumat lanjut mengenai keputusan ini, serta “peristiwa yang melibatkan Aziz Ishak”:-
| Laman Utama | 1890-1899 | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |